30 Oktober 2008

Selamat tinggal Maxis Broadband….


Semalam (29/10/2008) merupakan hari terakhir aku menggunakan perkhidmatan maxis broadband…aku terpaksa terminate perkhidmatan talian internet ini kerana beberapa faktor….

1) Antara langkah aku untuk membuat perbelanjaan berhemat. Bagi aku sekarang, talian maxis broadband tersebut sangat mahal iaitu RM 138 sebulan. Masa mula-mula pakai dulu tak fikir kan? Alih-alih sekarang baru terasa mahal..hehehe..tapi xpa la, selepas ni perbelanjaan bulanan aku akan berkurang sebanyak RM 138 sebab aku dah tak perlu membayar lagi untuk maxis. Mungkin lepas ni aku akan menggunakan perkhidmatan celcom plak. Org kata kalo pakai handphone 3G (eg: Omnia, Nokia N95 dsb), hendphone tersebut boleh dijadikan moden dengan sedikit bayaran kepada penyedia talian. Dalam kes aku…celcom


2) Faktor ke 2 ialah sebab maxis telah MENIPU aku. Dan aku rasa penipuan maxis tersebut telah mengena semua rakyat Malaysia..Biasala kita sebagai public ni mudah terpengaruh dengan iklan dan rengekan gadis-gadis penjual yang mempromosikan maxis broadband tu. Maxis telah mencuba sedaya upaya membuat iklan mengatakan kelajuan talian internet yang disediakan mereka adalah 3.6mbps…setalah aku menggunakan selama 6 bulan, aku semak (melalui laman web http://speedtest.net/) selama 2 bulan kebelakangan, kelajuan talian yang disediakan tidak pernah mencapai kelajuan seperti yang dijanjikan. Paling laju yang pernah aku dapat ialah 1.2 mbps..tu pun masa raya puasa hari tu dimana pada time tu semua orang balik kampong dan penggunaan pemancar (betulkan kalo aku salah) dikawasan rumah aku adalah ditahap yang minimum.


Mengikut perjanjian masa mula-mula nak pakai benda ni dulu, maxis akan caj RM200 sekiranya pelanggan mahu terminate dalam tempoh kurang daripada setahun. Namun, setelah aku complaint kepada maxis management maxis melalui e-mail, pihak maxis tidak mengenakan caj tersebut sebab alasan maxis diorang mengaku salah sebab tidak pernah menyediakan talian selaju 3.6mbps.


So, nasihat aku kepada korang semua janganlah pakai maxis broanband ni..bukan nya niat nak band maxis tapi janji 3.6mpbs tu hanyalah ‘best-effort’ daripada maxis. Maknanya talian tersebut akan mencapai ketahap maksimum 3.6mbps TAPI reality nya sangat mengecewakan.


Ingat, kerajaan pernah warning penyedia perkhidmatan talian jalur lebar ni agar menyediakan paling kurang 80% kelajuan daripada yang dijanjikan. Dalam kes maxis ni, 80% x 3.6 = 2.88mbps. maksudnya, maxis sepatutnya menyediakan kelajuan minimum 2.88 mpbs..


Bagi sesiapa yang terkena macam aku, aku nasihat kan agar korang complaint dulu kepada maxis melalui e-mail atau call maxis center tentang keraguan korang terhadap kelajuan yang diberikan. Buat semakan melalui laman web yang aku berikan diatas selama sebulan dan korang rekod secara bertulis. Lepas tu baru komplen dan attach kan rekod tu bersama-sama komplen korang.


Kalau korang terus ke mana-mana maxis center untuk terminate talian tu, korang tanpa ragu2 akan dicaj RM 200 sebab terminte talian kurang daripada setahun. Satu lagi, cc juga komplen korang kepada pihak berwajib (kalo tak salah aku suruhanjaya multimedia Negara kot)


Berikut aku berikan ‘ayat-ayat cinta’ kepada pihak maxis yang membolehkan aku dikecualikan daripada dikenakan bayaran RM 200.



[salam...setelah kerajaan memberi amaran kepada syarikat

penyedia perkhidmatan talian tentang perkhidmatan internet jalur

lebar agar memberikan perkhidmatan sebagaimanayang dilanggan oleh

pelanggan, saya melihat bahawa ada perubahan terhadap website maxis

ini..jika dahulu ada satu'icon' yang boleh di klik untuk menyemak/menguji

kelajuan talian..tapi sekarang ikon tersebut telah tiada dan laman web

maxis broadband asyik2 temporarily unavaialable dan sejak kebelakangan ini

saya tidak mendapat kelajuan seperti yang saya langgan iaitu

3.6mbps...untuk membuka satu2 laman web, kekadang mengambil masa selama 10

minit...inikah perkhidmatan yang sewajarnya daripada maxis? sekiranya

pelanggan mahu menamatkan talian dalam tempoh kurang daripada setahun,

maka caj perkhidmatan akan dikenakan sebanyak RM 200..saya merasakan

pihak masix tidak ikhlas didalam menyediakan perkhidmatan dan sentiasa

mencari peluang untuk 'mencuri'duit pelanggan...]

28 Oktober 2008

Pendapatan vs Perbelanjaan

semakin lama semakin aku rasa bahawa pendapatan aku setiap bulan tidak mencukupi..ujian apakah agaknya yang tuhan sedang turunkan pada aku kali ini...bila difikirkan balik sebenarnya aku rasa beruntung dan bertuah kerana mendapat seorang isteri yang bekerja..kalau la isteri aku tak bekerja aku rasa aku dah lama kering dan kontang poket ni...

sekarang ni habis bulan jer habis gaji..kekadang apabila dapat gaji setiap bulan dan ditolak dengan komitmen bulanan, baki gaji kekadang tinggal kurang daripada seratus ataupon negatif (maksudnya kena berhutang la)...aku pon tak tahu di mana silap sebenarnya tapi yang nyata mulai sekarang aku kena amalkan perbelanjaan berhemah dan kena tolak perbelanjaan yang tak perlu. tapi, adakah aku mempunyai perbelanjaan yang tak perlu?

dibawah aku senaraikan komitmen bulanan yang wajib bagi aku:
Sewa Rumah = RM 750
Astro = RM 100
Bil Air+Eletrik = RM 100
Kereta = RM 570
Bil Handphone = RM 100
Internet (maxis broadband)= RM 140
Hutang Koperasi = RM 230
Belanja Mak = RM 150
Keradit Kad = RM 300
Petrol = RM 200
Julah semua = RM 2640.....selepas ditolak gaji bulanan makan secara rasminya baki gaji aku ialah kurang daripada Rm 50...mana nak makan dan beli rokok lagi kan?

Mungkin internet lepas ni dah tak payah pakai dan penggunaan kad kreadit kena kontrol ataupun hapuskan terus..penggunaan handphone kena bertukar kepada prepaid pulak..yang lain rasa nya dah xle nak buat apa...

Adakah cara lain yang boleh aku buat untuk tambah pendapatan ku ini?

24 Oktober 2008

First thing first

salam...bila kawan kawan lain a.k.a En mizi+kawan dan waridi mula ada page blog masing-masing, aku mula rasa macam nak kena jadi blogger mcm diorang jugak...so, aku create account dan mula start blogging..so, ni kira aku nyer first trail la...kalo menjadi segala blog aku di friendster akan tamat dan akan dipindahkan ke sini...tapi kalo mula blog kat sini, nanti xdak orang yang tahu bila aku update blog aku kan?