20 Januari 2011

Baik Tak Yah Buat


Pagi tadi aku ngan wife ke salah satu pasar raya besar terletak di Setia Alam. (Setia Alam ni Shah Alam lagi ke?) konpius jap....kami sekeluarga memang suka ke sini sebab selain dia bukak awal pagi jam 8, dia jugak ada tempat untuk budak2 main, ada food court yang jual sizzling yee mee mushroom, parking khas untuk kereta bagi mereka yang berkeluarga dan paling penting orang tak ramai so bleh pilih barang dan bayar ngan cepat.

Seketika aku berjalan-jalan menolak troli, tetiba aku terserempak ngan iklan ni.....



Persoalan nya, apa jadah nya yang Pasaraya Besar ni promo kan?...

aku yang dengan takut2 ambik gambar ni terus pura-pura buat tiada apa yang berlaku dan meneruskan aktiviti menyoping seperti biasa. maklumla, kan salah merakam gambar di dalam mana-mana pasaraya besar...hehehe

10 Januari 2011

Tontonan "Terhebat" Sekeluarga

Sejak setahun yang lalu aku start layan citer kartun kat disney channel bertajuk "Phineas & Ferb". Sebelum tu aku tak berapa amik kesah langsung citer ni bila aku "info" remote astro kat umah..namun semenjak aku terlayan cerita ni di salah satu kedai makan kat area keramat..(masa tu anak makcik kedai makan tengah layan), aku terus jatuh cintan ngan cerita ni..memang layan dan bagi aku sangat² best...aku bagi taraf cerita ni sama ngan cerita upin dan ipin...

Cerita ni lebih menarik jika dilayan dalam alih bahasa (bahasa melayu)....layan dalam english pon ok sebab grammer dan vocab yang digunakan adalah menepati tatabahasa english yang betu. Jadi, ianya amat sesuai untuk mengajar kanak² sebenarnya. Itu lah kelebihan cerita kartun english ni...

Berbalik kepada cerita tersebut, ia mengisahkan 2 beradik tiri (phineas dan ferb) yang menghabiskan cuti musim panas mereka selama lebih kurang 104 hari. Setiap hari mereka akan mereka cipta alat² canggih seperti mesin kecil kan diri, roller coaster terbesar sehingga la ke mesin masa. Dalam masa yang sama dua beradik ni ada seorang kakak nama "candance" yang jatuh hati ngan jeremy namum tidak boleh senang melihat adik dia bermain dengan alat² ciptaan yang canggih tu. Si candance ni sentiasa sahaja akan mengadu kepada mak mereka (nama: Linda) supaya adik mereka ni "tertangkap" dan di "grounded" oleh mak mereka. Namun diakhir cerita, usaha kakak nya pasti tidak berjaya dan alat2 ciptaan adik beradik genius ni akan hilang dalam pelbagai cara.

Disebalik cerita dua beradik ni ada plak watak "perry the platipus" iaitu haiwan peliharaan keluarga tersebut. Namun mereka tidak mengetahui bahawa pada masa yang sama sebenarnya perry ni adalah agen rahsia yang bekerja dengan satu organisasi bertujuan untuk membanteras rancangan jahat "Dr. Heinz Doofenshmirtz" yang sentiasa ada idea untuk menghancurkan negeri "tri state"... pelbagai adegan lucu yang berlaku ketika perry cuba menghalang rancangan jahat Dr Heinz Doofenshmirtz ni...

Cerita ni juga kadang2 diselang selikan dengan sesi nyanyian. Jika ianya ditonton dalam dwi bahasa malaysia, lagu2 tersebut juga sesetangahnya telah diterjemahkan ke bahasa melayu. Paling kelakar bila Dr Doofenshmirtz nyanyi lagu dengan suaranya yang sumbang....

Berikut adalah karektor-karektor cerita phineas & ferb ni...


aksi candance cuba meyakinkan mak dia supaya phineas (muka 3 segi) dan ferb (rambut hijau) tertangkap.

Phineas, Ferb, Perry The Platipus dan Lisa (phineas so called girlfren)


So, kepada semua yang ada masa free petang²...jam 6.00-6.30 petang setiap hari di disney channel (astro channel 615) tonton la cerita yang sangat menarik ni. Aku yakin anak korang pon akan berminat untuk sama-sama melayan cerita ini bersama anda....


SELAMAT MENONTON

05 Januari 2011

Udah 5 Bulan

udah 5 bulan tak update blog...rasa xda semangat dan kena penangan fb...banyak benda update dalam fb jer termasuk gambar+status+chatting dan lain-lain...terrer la mamat yahudi yang rekacipta fb nih...

sesi bengang: aku rasa bengang dan menyampah bila ada 'sedara' cakap..."kalo bukan keturunan kita dari INDON yang majukan negara ni, manakan ianya akan jadi seperti sekarang?"..

aku jamin sapa2 sahaja akan bengang kalo dengar penyataan tersebut. Bangga sangat ko dengan bangsa ko. padahal ko hanyalah cebisan bangsa ko yang 'masih tanam anggur' memakan duit hasil bini ko....

cakap gah, habuk pon tarak....