26 Mac 2011

The 1st Ever Wedding Photoshoot


Minggu lepas bersamaan 13 March 2011, aku telah dijemput oleh salah seorang kawan baik aku untuk bersama-sama dia menjalankan kerja photoshoot orang kawin. Tempat majlis tersebut adalah di Pendang, Kedah Darul Aman. Kawan aku ni baru jer menubuhkan kompeni khas untuk kerja-kerja photoshoot dan dia bergerak secara solo. Jadi untuk tujuan mengambil gambar pengantin di kedah ni, dia ajak aku dan seorang lagi kawan untuk follow dia dan pada masa yang sama dia akan mengajar teknik-teknik mengambil gambar dan menggunakan kamera DSLR dengan betul.

Kami bergerak dari KL pada pagi hari jumaat kerana pada mulanya pengantin mahukan pre-wedding photoshoot. Dan kami sampai di Alor Setar pada petang. Memandangkan cuaca yang tidak best pada petang tu, kerja mengambil gambar untuk pre-wed dibatalkan.

Untuk photoshoot kali pertama ni, member aku nasihatkan untuk berlatih mengambil gambar dengan hanya menggunakan lens 50mm f/1.8 sahaja. Untuk wide angle akan dicover oleh member sorang lagi dan member aku sendiri akan menggunakan tele lens 70-200mm. Bagak panjang lens dia beb!!!....(mahal oooo)

Aktiviti mengambil gambar bermula pada malam akad nikah di masjid kampung pisang (aku agak konpius kg ni dalam daerah apa). Bagi aku yang baru berkecimpung dalam bidang ni aku rasa agak tidak puas hati sebab keadaan pencahayaan dalam masjid yang tidak memuaskan dan menyebabkan gambar nampak tak cantik.

Besok nya, aktiviti mengambil diteruskan dengan acara persandingan dan sedikit aktiviti outdoor shoot. Secara keseluruhan, aku agak sendiri puas hati dengan kedua-dua acara ini kerana pengcahayaan dan cuaca yang sangat baik.

Aku ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada sahabat baik aku En Idlan Zarifi bin Ismail kerana memberi peluang dan tunjuk ajak tentang selok belok wedding photoshoot dan teknik asas DSLR. Sejak aktiviti itu, baru lah aku rasa berbaloi membeli DSLR Nikon D90 setahun yang lalu.

Berikut adalah sedikit gambar yang aku shoot menggunakan lens 50mm f/1.8 semasa perkahwinan tersebut.

Outdoor di Kg Nelayan, Kuala Sala


I Like this pic...






Berikut adalah 'sifu' yang tanpa penat jemu mengajar aku cara mengambil gambar dan asas fotografi DSLR.



Dan En firdaus yang sama-sama baru berjinak-jinak dalam bidang ini....




p/s: gambar ini masih belum di-crop dan di-edit oleh encik Adobe....
p/ss: perlu memikirkan macam mana mahu dapatkan kembali pelaburan yang dibuat keatas kamera, lens dan speedlight...



17 Mac 2011

Memenuhi Permintaan Hati



Khamis, 17 Mac 2011, ketika aku sedang bermain bola tampar tetiba aku dapat satu sms daripada sahabat baik aku (atok) tertulis: "aku xkira. ko mesti tulis review pasal er6 dalam blog.." dan aku pun reply, "hahaha"....On the way balik dari bermain ke umah, aku mula berfikir ttg apa yang patut aku review pasal moto ni? aku tak reti nak memberi ulasan tentang sesuatu sementelah lagi blog aku hanya ada 5 follower jer...hehehe

Jadi untuk tidak menghampakan harapan dan bagi memenuhi permintaan hari atok, maka di sini aku bagi la ulasan sikit tentang moto yang dah aku pakai hampir 7 bulan.

Moto kawasaki er6f (f=fairing) ni adalah keluaran terbaru di dalam keluarga kawasaki bagi moto jenis sport touring. Model kawasaki sport touring bagi 2009 adalah ER6N (N=naked) adalah jenis moto yang sama dari segi cc enjin namun berbeza daripada rekabentuk dan design. Dan aku telah membeli moto er6f ni setelah menyimpan angan² kurang lebih 1 tahun. Bagi aku, model naked adalah lebih 'cantik' manakala model fairing ni pula lebih 'sopan'. Mulanya memang nak beli jenis bogel ni tapi tokey kedai moto (welly) kata untuk tahun 2011 kawasaki akan stop production moto jenis bogel ni dan akan sambung pengeluaran moto jenis fairing. Jadi, akan berlaku kemungkinan di mana spare parts untuk moto jenis bogel ni akan sukar diperolehi di masa akan datang.

Disebabkan terpengaruh dengan 'dakwah' tokey welly tu, maka aku pun angkat la moto jenis fairing ni dan memilih kaler putih sebagai kaler pilihan. Untuk jenis fairing, kawasaki hanya keluarkan 2 warna sahaja iaitu putih dan hijau (standard warna kawasaki).

Masa nak ambil moto ni dari kedai, En Atok ni la yang temankan aku ke Batu Caves...dia dengan tanpa banyak cakap dengan ikhlasnya sudi temankan aku. Kalu bukan sebab dia, aku rasa sampai sekarang moto aku masih dalam kedai welly sebab xada orang nak temankan untuk pergi ambik. hehehehe....

so, masa bawak balik dari kedai ke shah alam adalah pengalaman yang tidak dapat aku lupakan. masakan tidak sebab kali terakhir aku bawak moto jenis clutch adalah zaman belajar degree bila kawan serumah sewa aku membeli tzm. Gayat gak la mula² nya. Pick up jangan cerita la, 650 cc bro...pulas sikit jer berdesup pegi nyer..mula² mana layan lap sebab takut slide..dan tokey kedai tu ada cakap jangan lenjan awal2..biasakan bawak dengan kelajuan dibawah rpm 8000/12000 untuk 1000km pertama. Ia adalah bertujuan bagi matangkan piston (entah ya entah idak) dan untuk melembutkan tayar baru. Lepas 1000km pertama dicapai, kena servis dan masa tu nak lenjan 200km/jam pon gasak la.

Ada 2 pengalaman tak best masa bawak moto ni balik ke rumah.
1) ada 2 mat rempit ex5 korek blok dok preng2 aku masa brenti kat traffic light area damansara. Agaknya diorang ni dengki ngan aku kot..hahaha
2) tayar belakang tercucuk paku (entah kat mana kena) dan aku terpaksa ke kedai tayar untuk 'tampal' pada hari yang sama (note: masa tu harap ianya bukan nasib malang)....tapi india yang tampal tayar aku tu siap ambik nombor moto aku untuk dia tikam toto....haramzzz

Jadi, ini ulasan aku tentang moto ni.
1) User Friendly: rekabentuk moto dengan paparan antaramuka yang senang (8/10 bintang) dan tidak complicated seperti kokpit kapal terbang. Design tempat duduk juga amat selesa (9/10 bintang). Anda tidak perlu membongkok kan belakang sebagaimana memandu moto superbike Yamaha R1 ataupun Ninja ZXR. Gaya pemanduan er6f adalah sama seperti RXZ dan EX5...hehehe

2) Prestasi: aku kasi 9/10 bintang. Susah aku nak rate prestasi dia sebab aku tak pernah bawak superbike jenis lain. Tapi bagi aku, dengan cc 650 sudah cukup untuk bawak pergi keje dan balik. Senang2 jer nak sesah 0-150km/jam dalam masa 10 saat. Untuk mengukuhkan fakta, aku tanya geng2 er6f yang lain rata-rata berpuas hati dengan prestasi moto ni.

3) Kebolehpercayaan: aku memberikan 10/10 bintang terhadap kebolehpercayaan moto ini. Bagi aku ianya senang di kawal dan cengkaman brek disc depan (double) yang sangat mantap. Takat aku bawak ni, moto ini memang tidak pernah mengecewakan aku. Lagi pon, kalo aku tak yakin dengan moto ni, kenapa aku beli kan? kan? kan?

4) Value for money: bagi aku moto ni sangat-sangat bernilai untuk wang aku. Susah nak cari kat pasaran motor yang bagi aku cantik, power, selamat dan senang di bawa. Lagi pun harga nya 'murah' sikit sebab ianya adalah moto pemasangan tempatan (CKD).

Sedikit aksi Zainal Arif dengan moto aku...hopefully nanti besar jadi pemandu moto berdisiplin...InsyaAllah

Sekian...

p/s: Atok, harap ko puas ati...hehehe
p/ss: bila nak angkat 1? bleh nanti kita buay ride jelajah satu semenanjung
p/sss: aku masih menyimpan hasrat untuk buat ride satu semenanjung satu hari nanti....


11 Mac 2011

Mesej Di Dalam Air


Pada satu hari aku terpilih untuk mengikuti satu kem Pengukuhan Pasukan (team building) yang dianjurkan oleh pejabat aku. Kem selama 2 hari tersebut dipenuhi dengan acara-acara menarik seperti ceramah motivasi, permainan-permainan berpasukan, solat berjemaah, jungle tracking dan lain-lain lagi. Kem tersebut diadakan di Kem yang dimiliki bersama oleh pakar motivasi terkenal Dato' Dr Fadzilah Kamsah di Lenggeng, Negeri Sembilan (bersempadan dengan negeri selangor melalui broga dan semenyih).

Selama 2 hari di Kem tersebut, aku begitu tertarik dengan satu ceramah yang diberikan oleh salah seorang petugas Dr Fadzilah tersebut mengenai Molekul Air. Ia mengatakan, bahawa ada seorang daripada Jepun menjalankan kajian terhadap perubahan molekul air sekiranya air tersebut di'ucap'kan perkataan yang baik. Nama mamat Jepun yang menjalankan kajian tersebut adalah Masaru Emoto.

Aku tidak puas hati dengan ceramah tersebut yang mana ada pendapat aku bahawa molekul-molekul air akan selama-lamanya H20. Molekul ini tidak akan berubah dengan mudah melainkan dijalankan proses-proses penguraian molekul terhadap air tersebut. Jika ianya hanya diucapkan dengan perkataan yang baik, masakan molekul bole berubah kan?

Untuk memuaskan rasa ingin tahu yang membuak-buak, aku telah menjalankan sedikit bacaan di ruang siber ini. Bacaan aku adalah menjurus kepada Siapakah mamat Masaru Emoto ni? Apakah kajian yang dijalankan? releven kah kajian beliau? apa signifikan kajian tersebut dan macam-macam soalan yang bermain di fikiran.

Berikut adalah serba ringkas hasil kajian oleh En Masaru ini...

Kristal Air jika diucapkan perkataan "soul"


Kristal air jika diucapkan perkataan Love & Gratitude


Kristal Air yang dialirkan muzik "Japanese Folk"


Kristal Air jika diucapkan Terima Kasih dalam Bahasa berlainan


Mengikut Masaru lagi, jika air diucapkan perkataan-perkataan yang negatif, maka Kristal Air yang terbentuk juga akan bertukar menjadi tidak cantik dan tidak seperti gambar-gambar di atas. Selain daripada itu, Masaru juga mendakwa bahawa air yang diambil dari kawasan pergunungan yang cantik dan berhampiran rumah ibadat juga akan membentuk kristal yang sangat cantik. Selain daripada perkataan yang diucap, Masaru juga mendakwa bahawa kristal air akan berubah terhadap perkataan yang ditulis, gambar, muzik dan video.

Setelah membaca di internet, aku membuat kesimpulan bahawa penceramah yang memberikan ceramah pada hari tersebut tidak menjalankan homework yang sebaik-baik nya. BUKAN molekul air yang berubah tapi Kristal Air yang berubah (mengikut Masaru). Kristal ini diperolehi dengan menyejukkan air yang diucapkan perkataan yang baik dan kristal yang terbentuk dari proses penyejukkan tersebut akan diambil dan diuji dibawah mikroskop.

Menurut penceramah itu, releven nya kajian ini adalah seperti berikut:
1) Badan manusia terdiri daripada 60% air.
2) Bayangkan apa berlaku pada badan kita jika kita selalu mendengar perkataan yang baik, mendengar muzik yang baik dan semua perkara-perkara baik?
3) 70% daripada isipadu otak manusia adalah air..

Kesimpulanya,

1) Ucapkan lah perkataan yang baik kepada sesiapa sahaja kerana ianya memberi kesan yang baik
2) sentiasa mendengar muzik-muzik yang baik seperti muzik beethoven dan lain-lain.
3) sentiasa melihat gambar-gambar yang baik
4) sentiasa berbuat baik.


ps: cerita pasal ni tak habis lagi sebab ada yang tak kena dengan kajian ni
pss: aku akan buat entry lain berkaitan bangkangan teori masaru ni
psss:korang cuba masuk youtube dan search "Masaru Emoto" dan layan la video-video berkaitan.
pssss: selamat membaca..


03 Mac 2011

Bagaimana Memilih Penyaman Udara Yang Sesuai?

Sudah hampir setahun aku mendiami rumah yang aku beli di Shah Alam ni. Mula-mula hendak mendiami rumah ini, aku telah membuat keputusan untuk memasang penyaman udara di dalam bilik tidur utama. Ini kerana aku mahukan keselesaan untuk aku, isteri serta anak-anak ketika kami tidur di waktu malam. Keputusan ini di buat setelah mengambil kira pengalaman menyewa rumah orang waktu dahulu di mana tidur kami sering terganggu kerana cuaca yang sangat panas di waktu malam.

Penghawa dingin yang dipilih untuk dipasang adalah daripada Jenis York (cooling king) series. Membeli jenama ini kerana aku terpengaruh dengan iklan di radio-radio utama malaysia dan jugak terpengaruh dengan papan iklan billboard di federal highway menuju arah KL berhampiran plaza toll batu 3.

Kontraktor yang memasang penghawa dingin ini menawarkan aku penghawa dingin berkuasa 1 hp (horsepower) dengan nilai BTU 10,000. (entah apa lak BTU ini?). Setelah menggunakan lebih kurang 2 bulan, aku merasakan sesuatu yang tidak best berkaitan penghawa dingin baru aku ni. Tiap-tiap malam aku kena pasang penghawa dingin bersama kipas siling untuk mendapatkan tahap kesejukan yang selesa. Jika hanya mengharapkan penghawa dingin semata-mata, bilik tidur aku tak kan mencapai tahap kesejukan yang nyaman.

Jadi, aku meng'google' kan diri dan di sini aku berkongsi tips-tips untuk memilih penghawa dingin yang sesuai.

1) Mengetahui Cooling Capasity (Kapasiti Pendinginan) Bilik Anda

Kapasiti pendinginan untuk bilik ditakrifkan sebagai beban panas di dalam bilik yang harus dikeluarkan di dalam mencapai suhu bilik dan kelembapan tertentu. Rekabentuk piawai bagi keadaan ini ditetapkan ke suhu 24°C dan Kelembapan relatif sebanyak 55%. Kajian menunjukkan bahawa kombinasi suhu dan kelembapan realtif ini adalah yang paling kondusif bagi tubuh manusia. Unit digunakan untuk mengukur beban panas adalah BTU/jam. 1 BTU/jam adalah tenaga panas yang diperlukan untuk meningkatkan 1 pound air dengan F.

Ketika memilih sebuah AC, biasanya 1 HP (horse power) akan dapat menghapuskan 9000 BTU/jam haba. Dengan teknologi yang lebih baik,beberapa jenis AC boleh menghapuskan 10000 BTU/jam panas dengan kapasiti yang sama. Semakin tinggi BTU/jam, semakin besar kapasiti pendinginanya


Langkah 2

Cari isipadu bilik anda dalam kaki padu (ft³). Ukur panjang, lebar dan tinggi bilik anda.

Isipadu = panjang X lebar X tinggi (kaki padu)

Langkah 3

Darabkan isipadu ini dengan 6

C1 = Isipadu X 6

Langkah 4

Anggarkan jumlah orang (N) yang akan menggunakan bilik tersebut. Setiap orang mengeluarkan lebih kurang 500 BTU/jam haba dari badan mereka (untuk aktiviti pejabat biasa). Darabkan kedua-dua nilai ini.

C2 = N x 500 BTU/jam

Langkah 5

Jumlahkan Nilai C1 dan C2 tersebut dan anda akan perolehi kapasiti pendinginan yang diperlukan untuk sesuatu ruang.

Anggaran Kapasiti Pendinginan diperlukan = C1 + C2 (BTU/jam)


Setelah anda mengetahui nilai BTU/jam yang diperlukan oleh sesuatu ruang yang anda kira, maka anda boleh lah melakukan pembelian Penghawa Dingin yang dikehendaki. Ingat, bukan HP yang penting tetapi BTU/jam yang penting. Tetapi secara lojik, lagi tinggu BTU/jam yang anda perlukan, maka lebih tinggi Horse Power sesuatu pendingin hawa tersebut.


Ambil la pengalaman saya ini sebagai pengajaran, Jenama kita tak kisah, tetapi keselesaan yang amat penting......