19 Mei 2011

Happy 32nd Birthday To Me...(geli.....hahha)


16|Mei|2011 maka genaplah umur aku 32 tahun....udah 32 tahun tu...perasaan tu rasa mcm baru jer habis SPM..perbezaan cuma la kalo dulu habis SPM pokai tak duit kena keje part time kalo nak duit..cuma sekarang ada la sikit gaji tetap....

Mencapai angka 32 tahun banyak benda yang aku rasa masih tak tercapai...antara yang masih aku gagal ialah nak brenti merokok...ternyata percubaan kali ke 5 aku (ye ke?) tempoh hari masih gagal untuk hilangkan ketagihan aku terhadap benda yang dinamakan rokok terutama sekali rokok berjenama dunhill..

Apa lagi nak aku capai? Apa yang aku belum puas? ternyata banyak lagi yang aku nak capai sebelum mencapai umur 40...aku nak berjaya dalam bidang baru...(ehem...ehem), nak tukar kete (angan²), nak beli rumah ke dua, nak tambah anak (tp wife dah sound tak nak mengandung masa first year master), apa lagi? ermmm..nak simpan duit dalam ASB biar ada 100k, nak melancong luar negara.(germany perhaps?)..dan macam-macam lagi..

Ke arah mencapai cita-cita dan angan-angan tu of course la kena ada usaha kan? tp bole ke aku berjaya dengan tahap sekarang? serius aku cakap keadaan kewangan sekarang adalah dalam kategori "miskin bandar"...pendapatan vs perbelanjaan setiap bulan mengalami defisit...simpanan makin kurang...

Aku kena lakukan sesuatu (yang nyata bukan MLM)...mungkin aku kena ikut jejak langkah ex-boss aku...masuk kumpulan pengurusan kewangan....??

Gambar tak da kaitan:

Di saat entry ini ditulis, aku dapat satu software baru untuk buat custom album...berikut adalah gambar yang terhasil (basic)...perlu asahan lagi ni...





till then...bye

06 Mei 2011

Penghantaran SMS Secara Percuma

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Untuk entry pertama bulan Mei 2011 ini aku nak berkongsi dengan semua tentang satu perkhidmatan sms yang sebenarnya dah lama ada kat alam maya. Cuma mungkin ramai dah tahu dan tak pernah dengar tentang nya kan?


Perkhidmatan apakah itu?

Ia merupakan perkhidmatan penghantaran sms untuk semua jenis nombor mobile phone berdaftar di Malaysia. Aku dah hampir 6 bulan menggunakan perkhidmatan ini terutamanya bila nak hantar mesej ringkas seperti “nak jumpa kat mana?”, “jom makan”, “ jap lg”..ia adalah bertujuan untuk menjimatkan wang la sebab kalo hantar sms ringkas pon ttp kena caj 10 sen/sms kan? Yang penting perkhidmatan ini percuma…YA, Percuma!!

Tak kan aku kedekut sangat 10 sen? Bukan kedekut tp menggunakan peluang yang ada. Dah ada benda free, bayor wat pe?

Cara nak menggunkan perkhidmatan ini sangat senang. Berikut diberikan langkah-langkah nya…

1) Pergi ke laman web www.mostsms.com


2) Lakukan sedikit pendaftaran mudah.

3) Anda akan dapat sms kod pengaktifan atau password (salah satu sebab aku dah lupa)

4) Lepas tu bole pakai untuk hantar sms simple kepada kawan-kawan anda

Tapi benda free ni ada batasan:

1) Hanya bole hantar 33 sms sahaja sehari

2) Hanya 2 penerima sahaja dibenarkan dalam satu-satu masa. Makna nya kalo nak hantar group sms tak bole la.

3) Hanya dibenarkan 100 character (perkataan+symbol) sahaja untuk satu-satu sms.

Walaupun ada beberapa kekurangan tapi bagi aku okey jer. Bagi yang jenis dok mengadap internet hari-hari dan kadang-kadang perlu hantar sms ringkas kepada kawan-kawan (untuk ajak makan, dan lain-lain) seperti aku ni, ternyata perkhidmatan ini sangat baik. Dan paling penting sekali? FREEEEEEEE