23 Jun 2011

Percutian Keluarga | Tanjung Jara Resort | Hari Kedua

Kali ni aku nak bercerita pulak aktiviti hari ke dua di Tanjung Jara Resort, Dungun, Terengganu. Hari Ke-2 bermula dengan bangun pagi dan bersedia untuk breakfast di restoren Atas Sungai. Susun atur menu untuk makan pagi sangat cantik dengan pelbagai pilihan makanan. Untuk aku of course menu pilihan di waktu pagi adalah nasi dagang terengganu. Superb taste..



Menuju ke Restoren Atas Sungei

cereal for the boys



Anak-anak pilih nak makan cereal dan wife pulak nasi lemak. Presentation buah-buahan potong aku paling suka. Buah tersebut dipotong rata dibahagian bawah agar ianya boleh di susun menegak di dalam piring hidangan.




Scene By The Beach







Landscape dalam resort



Sempadan resort dengan kampung bersebelahan

Sekitar landscape resort


Menunggu makan pagi...

Makan pagi pun amik masa sampai 2 jam. Lepas makan kami sekeluarga ke bilik hiburan atau rekreasi kanak-kanak. Dalam bilik tu ada 2 console game x-box dan nintendo wii..tp console xbos rosak dan wii plak aku tak pandai nak main. Jadi anak-anak dok hentam jer la cuba try nak main even tak tahu cara nak gunakan console tersebut.


Permainan konsol di bilik riadah


Ada pulak komputer desktop kat lobi yang bole digunakan secara percuma. aku apa lagi, cek emel kerja (hehehe..konon!!)...lepas bosan main-main kat bilik tu, aku ajak wife dan anak-anak jalan-jalan keliling resort. Sungguh mendamaikan. Dengan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Suasana redup dan nyaman pokok-pokok kelapa dan susun atur landscape yang menarik, AKU JATUH CINTA....sambil jalan2 keliling resort, aku snap la beberapa gambar. Masa tu terfikir, alangkah best nya kalo ada 70-200mm f/2.8 atau 11-16mm f/2.8....


Laksa Siam...agak kureng!!



Menu dan harga..



Menjelang tengahari, makan lagi di restoren nelayan. Wife amik menu sama macam semalam dan aku plak makan laksa siam. Xberapa bleh masuk sangat la laksa ni. Tapi makanan wife aku sodap tahap mengigau malam...hahahah

Waktu tengahari hingga petang dihabiskan dengan rehat dalam bilik. mula rancang nak ke mesra mall di kerteh sebab kat situ ada satu-satu nya panggung wayang di terengganu. Tapi terpaksa dibatalkan sebab penat makan dan terlampau kenyang!!

Menjelang petang acara fevret tiba...mandi kolam...hahahha...hari last untuk mandi kolam sebelum pulang check out esok..anak-anak la paling seronok...layan kan aja...

Malam plak mcm biasa acara makan-makan dengan walking talking dinner. Kali ni menu pilihan semua adalah cadangan anak buah aku...sedap dowhhhh!!



Sebelum ke dinner

Mandi Kolam...

Sangat suka gambar ni..(creadit to wife yang tukang shoot!!)

Kepenatan dan kekenyangan selepas lunch

Lepas makan, acara mengasah bakat mengambil gambar dengan slow shutter...tak puas hati sebab aku xle nak tumpu...suasa malam agak sunyi dan aku rasa seram plak...hahahahha

Malam...

Tetiba rasa seram sebab sangat sunyi..

Dinner malam last

11 Jun 2011

Percutian Keluarga | Tanjung Jara Resort | Hari Pertama



Pada 23 Mei 2011 aku dan keluarga aku memulakan perjalanan seawal jam 7 pagi dari Shah Alam menuju ke Dungun, Terengganu. Tujuan adalah untuk berehat cuti-cuti malaysia ke Tanjung Jara Resort Terengganu dan juga bagi memenuhi perlawaan anak sedara aku yang bekerja kat sana. Dia dapat pakej 3 hari 2 malam untuk digunakan namun dia bagi kat aku sebab dia dah bosan berehat di resort tempat dia bekerja.

Perjalanan aku ke Dungun, Terengganu adalah melalui Lebuhraya Karak, Lebuhraya Pantai Timur LPT dan terus masuk kemaman dan sampai ke Dungun kira-kira jam 1 petang. Aku di sambut oleh anak sedara aku sendiri di sana dan diberikan welcoming drink jus blackcurrent. Mula-mula sampai aku sangat kagum dengan hiasan resort ini. Walaupun sebelum pergi ke sana aku dah pun google sikit-sikit dalam internet | klik | namun bila tgk sendiri kecantikan resort tu aku kagum!!

Greetings dari anak sedara

Deko dalam Kamar Mandi

Mula-mula sampai, main dalam bath tub dulu

Kalo sanggup boleh jer nak minum, RM 92 nett per bottle


Masuk bilik 1101. Tak da la jauh sangat dengan reception tapi bila berjalan sambil mendukung anak, penat jugak la. Hiasan dalam dalam bilik sangat cantik dan setaraf dengan tahap 5 bintang dan SLH (Small and Luxary Resort) yang diperolehi oleh resort ini. Dalam bilik kami sekeluarga disambut dengan buah-buahan tempatan pemberian anak sedara aku sebagai "greetings".

bilik jenis serambi..



Jadi, aktiviti pertama aku di sana adalah makan tengahari di restoran nelayan. Restoran di tepi pantai ni sangat santai dengan hiasan yang tidak semak. Berhampiran restoran adalah kolam mandi untuk keluarga. Makanan kat restoran untuk makan tengah hari ni adalah campuran makanan tempatan (selera terengganu) dan makanan barat. Untuk pakej makan dia, pelanggan boleh pilih satu pilihan makanan dalam kategori appertiser, main course, dan desert..ulasan aku: 5/5 bintang.

amazingly beautiful


appertiser

Selesai makan kami berehat sekejep dalam bilik sementara menunggu petang untuk mandi kolam di tempat restoran nelayan tadi. Aktiviti petang dihabiskan dengan mandi-mandi kolam dan pantai yang bersih sehingga senja. Tapi sayang sebab pantai belah pantai timur ni tak dan sunset, cuma sunrise. Nak tengok sunrise kena la bangun awal esok!!

mandi kolam jom!!

Malam pula kami dinner di restoran lain bernama Di Atas Sungei. Yang menarik nya restoran ni makanan dia berkongsepkan walking-talking dinner yang mana pelayan restoran akan datang bertanyakan apa yang kita nak makan dan mencadangkan makanan yang sesuai dengan selera kita. Diberitahu oleh krew restoran bahawa masakan di restoran ini tidak menggunakan MSG dan semua makanan adalah made to order. Malam pertama kami makan tomyam seafood, ikan merah bakar, sayur campur dan bubur nasi ikan merah untuk anak-anak. Sambil menjamu selera, pelanggan dihiburkan dengan muzik gamelan yang dimainkan secara langsung.
scene malam dari serambi bilik

muzik gamelan live time dinner

muka kelaparan nasi bubur (huhu)

Tak da aktiviti yang boleh dilakukan selepas makan sebab makan banyak sangat. Tempoh makan adalah lama sebab sambil makan sambil lepak gossip-gossip dengan anak sedara aku. Tengok la gambar-gambar yang di snap sepanjang hari pertama.

Restoran Nelayan Untuk Lunch

Berposing Selepas Kekenyangan

Tak Bleh Terima Hakikat Makanan Sangat Lazat

05 Jun 2011

Blog Bisness


Untuk kesekian kalinya, team kami (Kesuma Picture) telah melancarkan satu blog khas yang mana blog ini ada bertujuan untuk mempromosikan satu bidang baru yang kami sedang ceburi. Blog tersebut adalah (kesumapicture.blogspot.com) | klik sini |

Bidang baru yang aku/kami ceburi sekarang adalah bidang fotografi..(woww!!) adalah rentetan daripada minat aku/kami terhadap seni foto grafi yang mana aku/kami lihat sekarang semakin berkembang di Malaysia. Dan aku/kami tidak mahu ketinggalan di dalam menceburkan diri dalam bidang ini.

Selain daripada pengkhususan kepada fotoshoot perkahwinan, kami juga menyediakan perkhidmatan untuk merakam nostalgia bagi majlis-majlis lain. Bertunang, Berkhatan, Cukur Jambul, Open House, Open Office, Iklan dan lain-lain lagi. Aku/Kami juga memiliki kepakaran untuk shoot gambar dari atas (arial photography). Mereka bentuk album custom perkahwinan dan "coffee Table book" juga adalah di antara kepakaran yang kami tawarkan kepada pelanggan.


Korang pernah baca entry yang aku buat menceritakan tentang pengalaman official shoot di langkawi? | klik sini|...kalo korang nak tahu, itu juga adalah salah satu perkhidmatan yang kami sediakan kepada anda. Feedback yang kami perolehi daripada pelanggan kami sangat-sangat baik dan pelanggan kami akan sentiasa berurusan dengan kami apabila adanya apa-apa majlis rasmi di Langkawi nanti.

Jadi, jangan segan dan silu untuk menjengah ke blog baru aku/kami tu ya. Dan jika korang berminat untuk mencuba perkhidmatan kami, jangan malu-malu untuk mengubungi kami di nombor yang tertera di atas blog tersebut.