30 April 2014

Semua Orang Layak Untuk Bahagia

Gempak tak tajuk entry?
Semua orang mendambakan kebahagiaan hidup di dunia semetelah di akhirat. Aku pun sama. Petang tadi dapat whatapps mesej dari seorang kawan.

rasanya kata-kata shakespear tu ada benar nya. Bagaimana anda?

29 April 2014

Happy Hari Ulangtahun Kelahiran Duhai Anak (ke-6)

Pada hari ini dalam tahun 2008, lahirnya seorang putra yang diberi nama Zainal Arif. Dibesarkan sebagaimana kanak-kanak lain, anak itu pada hari ini menyambut hari ulangtahun kelahiran ke 6.

Duhai anak, abah nak pesan kepada kamu.
1) Abah sayang kamu sampai bila-bila. Tak kira apa yang bakal berlaku.
2) Jadilah anak yang terbaik dunia dan akhirat.
3) Jalani lah hidup ini dengan ingatan sentiasa mencari keredhaan Allah. Patuhi segala suruhan dan larangan-Nya.

Kamulah segala-galanya.



Sawang Telah Dicuci

Memang! Memang blog ni dah lama bersawang. Hampir 2 tahun. Dengan follower yang entah berapa kerat boleh kira dengan jari. Tak pe, yang penting aku menulis bukan kerana nama. Macam-macam benda dah berlaku dalam 2 tahun. Aku ringkaskan.
1) Family makin besar. Anak masuk 4 dah. Boy lagi. Umur dan Setahun. Alhamdulillah.
2) Rumah masih sama di Shah Alam. Kepingin nak tambah aset. Tengah pikir lokasi sesuai
3) Asam-garam tetangga agak sedikit kacau. Jiwa kacau.
4) Kereta asyik rosak. Kos repair dah hampir sama kalau bayar installment kete baru.
5) Nak upgrade moto. Sapa nak beli moto lama aku? Nah gambar anak-anak yang semakin membesar.

tagline: Saya Sayang Family Saya