31 Mei 2014

My 8th anniversary

Tanggal 26 MEI 2014 adalah hari ulangtahun perkahwinan saya yg ke 8 tahun..alhamdulillah dilimpahi dengan keluarga yang bahagia dan anak-anak yang sihat sentiasa..

To my lovely wife, thank you for being my loyal partner. I love you always..




20 Mei 2014

Jom buat passport


Sabtu lepas, kami sekeluarga decide utk ke imigresen shah alam untuk buat passport anak-anak. Cadangan family kelantan untuk ke singapore awal bulan 6  nanti akan disahut.

Jadi anak-anak kena buat passportlah untuk masuk ke singapore. 

Disini aku nak bagi tips incase sapa2 nak buat passport kanak2 pada hari minggu.

1) tak perlu bawa gambar kalau anak korang bole disuruh utk diam masa bergambar

2) bawa gambar sendiri utk anak2 bawah 2 tahun. Senang xyah nak buat pelbagai aksi utk suruh budak yg tak bole nak faham erti duduk diam

3) datang awal, sblm 730 pagi dah tercegat depan pintu pejabat imigresen..nombor giliran hanya dikeluarkan utk 150 permohonan passport pada hari minggu..kalau habis 150, datang lagila next day

4) jika hari cuti umum jatuh hari jumaat, pejabat imigresen pun akan ditutup pada sabtu dan ahadnya.. Aku agak mesti ramai pegawai imigresen yg bercuti.. Sebab tu kaunter tutup

5) tempoh sejam siapnya passport hanya apply selepas anda selesaikan bayaran full kepada imigresen. Bukan dr siap permohonan diterima sebagaimana motto imigresen

6) anda akan spend masa utk buat passport ni hampir setengah hari dikira dari beratur sampai siap. Bawalah
Pelbagai gajet, buku, atau apa2 sahaja utk hilangkan bosan anda menunggu utk buat passport

7) sabar paling utama. Kalau tak sabar bole buat gaduh dgn pegawai imigresen.

Sekian




18 Mei 2014

Redbull Air Race Putrajaya 2014

     

Ahad|18 MEI 2014
Sedang tak tahu nak buat apa petang-petang hari minggu ni, cik puan ajak gi tengok redbull air race kat putrajaya. Kebetulan dia dapat tiket free maka aku terus teruja!

Ok, semua orang siap! Pakaian tema oren superman menandakan kami semua sekeluarga..

Lets go guys!!



Kalau nak beli tiket untuk semua ahli keluarga yang meriah ni, mau kena spend dekat-dekat seribu ringgit!!

Dapat tiket di zon A kira ok gak la. Free seating punya tiket kami pilih satu kawasan rumput yang kosong..

Anak-anak seronok bermain dan buat hal masing-masing. Aku apa lagi? Berselfie dan capture gambar anak-anak sebagai kenangan.








Ada plak kapel mat salleh nak mintak dukung anakanda tercinta aku time kami dok main-main.

Reaksi wife? Jangan harap!! Hahaha

Anyway memang seronok bawak budak-budak ni keluar sekali sekala kat luar.

Bak kata penganjur, see you again next year.

10 Mei 2014

Happy mothers day 2014

Ramai org kata sepatutnya hari ibu ni hari2..dan ada jugak yg kata hari ibu yg disambut sekarang adalah sambutan kristian terhadap rahib perempuan mereka..

Bagi aku sambutan yg dibuat hanyalah sambutan mengenang jasa-jasa ibu kita.. Memang betul kita perlu kenang jasa ibu kita setiap hari namun apa salahnya ada hari khas utk diraikan?

Kepada semua ibu2 didunia especially ibu ku dikampung, ibu mertua ku dan teristimewa ibu kepada anak2 ku...selamat menyambut hari ibu

Kalian sememangnya terbaik dan hanya syurga sahaja balasan yang setimpal dengan pengorbanan kalian...


07 Mei 2014

Gone movie

Balik keje harini budak2 dan maknya skali ajak tgk movie.. Cerita spiderman2.. Takut tiket habis, booking la online..
Masa nak redeem tiket hampeh wayang xda org pun.. Sejam cerita berlaku semua 2/3 tido..huhh!
Macam biasa tinggal lah mama dan abahnya deting.. Hihi


03 Mei 2014

Dialog anak-anak

Kadang-kadang dialog yang dituturkan anak2 kedengaran kelakar.
Situasi 1
ZA2: Abah, tengok ni! Umur saya dah 20 tahun
Abah: macam mana cepatnya dah 20 tahun?
ZA2: Saya pakai alat ni (tunjuk ke arah penimbang)
Abah: Haha
Senyum jer bila ZA2 ingat yang alat penimbang tu kegunaan nya utk tentukan umurnya.

Situasi 2
Sedang tengok tv
ZA1: uhuk..uhuk..abah saya batuk ni
Abah: jadi?
ZA1: jadi esok takyah la gi sekolah!!
Abah: amboiiii

Situasi 3
Sedang mandi2 kolam kat waterpark
ZA2: abah, esok bole bawak sini lagi tak? Seronok lah
Abah: esok abah dah kerja ali
ZA2: tak payah la pegi keje.. Abah buatla batuk2 macam saya..
Abah: *gulp*


                 ZA1 (arif) dan ZA2 (ali)

02 Mei 2014

1 Mei 2014-Happy Labour Day

Happy Labour Day kepada semua. Apa kamu buat untuk sehari bercuti?
Pada hari cuti tu saya telah menunaikan janji kepada ZA1 untuk belikan hadiah sempena hari jadi dia pada 29.04.2014 lalu. Kami ke Empire Subang. Masuk Toys 'r' us. Pilih2 mainan. Dan nasib badan bawak semua budak2 kena lah beli sorang satu. Habis duit? tak kesah berapa asal anak2 suka.

Lepas tu acara makan2. Belanja mamanya sekali. For every adult meals, kids eat free.
Saya seronok bila anak2 seronok. Tiada apa lagi yang saya nak selain melihat mereka semua bahagia.

ZA1
ZA2
ZA4
ZA3