28 Oktober 2008

Pendapatan vs Perbelanjaan

semakin lama semakin aku rasa bahawa pendapatan aku setiap bulan tidak mencukupi..ujian apakah agaknya yang tuhan sedang turunkan pada aku kali ini...bila difikirkan balik sebenarnya aku rasa beruntung dan bertuah kerana mendapat seorang isteri yang bekerja..kalau la isteri aku tak bekerja aku rasa aku dah lama kering dan kontang poket ni...

sekarang ni habis bulan jer habis gaji..kekadang apabila dapat gaji setiap bulan dan ditolak dengan komitmen bulanan, baki gaji kekadang tinggal kurang daripada seratus ataupon negatif (maksudnya kena berhutang la)...aku pon tak tahu di mana silap sebenarnya tapi yang nyata mulai sekarang aku kena amalkan perbelanjaan berhemah dan kena tolak perbelanjaan yang tak perlu. tapi, adakah aku mempunyai perbelanjaan yang tak perlu?

dibawah aku senaraikan komitmen bulanan yang wajib bagi aku:
Sewa Rumah = RM 750
Astro = RM 100
Bil Air+Eletrik = RM 100
Kereta = RM 570
Bil Handphone = RM 100
Internet (maxis broadband)= RM 140
Hutang Koperasi = RM 230
Belanja Mak = RM 150
Keradit Kad = RM 300
Petrol = RM 200
Julah semua = RM 2640.....selepas ditolak gaji bulanan makan secara rasminya baki gaji aku ialah kurang daripada Rm 50...mana nak makan dan beli rokok lagi kan?

Mungkin internet lepas ni dah tak payah pakai dan penggunaan kad kreadit kena kontrol ataupun hapuskan terus..penggunaan handphone kena bertukar kepada prepaid pulak..yang lain rasa nya dah xle nak buat apa...

Adakah cara lain yang boleh aku buat untuk tambah pendapatan ku ini?

4 ulasan:

en mizi berkata...

mungkin ko boleh buat tanam cendawan kat dalam bilik air ko secara hidroponik atau mengutip lebihan besi semasa menjalankan kerja semakan ditapak dan menjual secara pukal untuk mendapatkan wang saku lebih? hehehehe

Adie Waridi berkata...

erm cadangan yang boleh diterima paki..hwa2...tapi bila pikirkan2 memng kita semua kita ada alternative lain tuk dapat xtra income z..btw kat blog aku dah ada chat box..rajin2 nanti send la msg k

Unknown berkata...

hurm!
cadngan en mizi tue amat bernas..
kutip lebihan besi .. hehe~
totally agree..!!

Iza berkata...

Assalam...
Astro boleh potong juga kot...rasanya macam tak perlu sangat.
Salam ziarah dari Teratak Usang..
http://azilas.blogspot.com