Salam...sebelum itu salam AidilAdha aku ucapkan kepada semua yang sudi membaca blog ini walaupon aku tahu hanya 5 orang jer yang baca..huhu...Semalam satu kejadian tanah runtuh di bukit antarabangsa telah berlaku...disebabkan oleh itu wife aku yang selaku pegawai kerajaan yang berdedikasi telah dikejutkan dengan panggilan telefon pada jam 5.30 pagi dan dipanggil untuk terus ke hospital bagi standby jika mangsa2 tanah runtuh tersebut dihantar ke hospital ampang. Maka tinggallah aku pada masa tu keseorangan diatas katil kamarku...hehehe..
Nak dijadikan kebetulan jugak, bibik aku sebelum tu telah memohon untuk bercuti selama 3 hari bagi meraikan aidiladha bersama2 anak menantunya di Jalan Kelang Lama..maka pada hari sabtu kui 10 pagi, aku dan anak lelaki ku tinggal dirumah bersama2...mula2 xreti gak nak menjaga budak kecik ni..tapi aku belajar...
wife aku pulang sekejap dari persediaan nya pada jam 2 petang dan akan pergi semula ke hospital pada jam 10 malam nanti sehingga 8 pagi keesokkan hari nya..masa wife aku balik jer, terus aku bagi anak ku itu kepada nya dan aku tido....hehehe
malam menjelam dan tibalah masa untuk wife aku ke hospital semula...dengan bibik yang tiada, aku mendodoikan anak ku sambil2 menonton harry potter and the prizoner of azkaban di TV2..anak aku melalapkan mata tepat jam 11.30 malam...aku biarkan dia tido dulu didepan tv sambil aku melayan citer harry potter tu sampai habis...kui 12 malam aku angkat anak aku masuk bilik...wife aku dah pesan yang anak ni biasa nya kena bagi susu 2 kali pada satu malam...kui 2 pagi sekali dan kui 5 pagi sekali...setiap kali bagi susu sila tukar pampers nya...pesan wife ku...
ternyata anak ku ni anak yang baik dan tidak suka menyusahkan aku...dia hanya bangun jam 5.30 pagi untuk susu...selepas menyusu dan menukar pampers dia terus tido balik sehingga jam 7.30 pagi...alhamdulillah...hari pertama berjalan dengan lancar...malam ni (malam raya) sekali lagi wife aku kena standby malam sehingga jam 8 pagi esok...adakah aku bersedia? harap2 anak aku buat macam semalam....
1 ulasan:
itu dinamkan suami mithali..tahniah..hehehehe
Catat Ulasan