Hari ni hari ahad 15 Feb 2009..cuti hujung minggu..kebetulan pulak isteri aku pon cuti selepas 2 hari dia 'on-night' di hospital..kesempatan ini aku ambil untuk keluar jalan-jalan bersama anak lelaki kesayangan aku ni..mulanya agak malas nak kuar tapi bila memikirkan yang kami xda apa nak dibuat dirumah, aku pon kuar jugak la..
Aku tanya wife aku nak kemana dan dia cakap nak ke tempat (shopping complex) yang xramai orang..(ada ke shopping complex kat KL ni yang xramai org hari minggu ni?)..fikir punya fikir last2 aku decide untuk ke Great Eastern Mall kat jalan Ampang. Kebetulan tpt tu dekat dengan umah aku (lebih kurang 3 km jer)..
Kami kuar tadi kul 2.00 petang..memang sangkaan aku tepat..shopping complex tu memang xramai orang..parking basement senang dan murah (RM 1 shj!!)..bagi aku dan isteri, ini merupakan kali pertama kami kesana..selalunya aku hanya lalu depan GEM ni bila pulang dari kerja jer..
Pandangan aku tentang tempat ni adalah seperti berikut:
1) aku suka dengan bayaran tempat parking dia..walaupon hari minggu dia tetap caj RM 1.
2) banyak kedai-kedai (outlet) yang aku suka..antara nya Clarks, Ausinno, Timberland, Starbucks, British India, dan MPH..
3) sangat suka kemudahan escalators (tambahan) dia..ada disediakan 2 escalators yang akan skip satu floor..maknanya..escalator yang terus bawak kita naik ke tinggat 2 dari Ground Floor dan dari tingkat 2 terus ke tingkat 4 selain escalators biasa untuk ke satu-satu tingkat
4) sangat tidak suka dengan kemudahan kedai makan..food court xder..(atau tutup)..cuma ada Chicken rice shop dan beberapa kedai makan yang semestinya untuk golongan atasan..(mahal la tu)
5) wife aku sangat suka dengan kedai nama cotton picking iaitu kedai untuk custom made sarung bantal especially untuk baby..selain sarung batal ada jugak barang2 lain berasaskan bayi..
Aku dan Isteri menghabiskan masa selama 2 jam setengah disini..selepas menjamu selera di chicken rice shop dan setelah membeli cadar ausinno (offer 50%) kami pun pulang kerumah dan sampai jam 5 petang..
ps: anak aku tido selepas mengamuk nak makan chicken rice shop jugak...huhu
pss: kalo xnak parking biasa ada disediakan parking valet dengan byrn RM 10 (agaknya)..kat sini korang bole tgk pelbagai kereta-kereta berharga lebih RM 150k dengan no plate semuanya 1 angka...
4 ulasan:
aku pun pernah g sana sekali jer....tak bg apa2 ker kat isteri tersyang sempena hari berkasih syg sedunia?
wadi..aku hanya bagi kasih sayang aku yang xberelah bagi ni kepada isteri tersayang sempena 14.feb baru-baru ni...huhuhu..(sebenarnya, aku xtahu nak bagi apa)
aku tak kasik apa2 kat bini aku sebab aku hari2 bagi kasih sayang kat dia. lagipun kami tak celebrate hari kematian paderi besar. yeke?
macam-macam versi cerita tentang hari memperingati kekasih ni..kalo nak tahu lanjut baca majalah mestika keluaran februari..huhu..
Catat Ulasan