Sedang aku mengadap komputer ni aku terbaca satu artikel tentang penemuan rangka manusia di salah satu gua di Tasik Kenyir, Terengganu yang dipercayai berumur lebih daripada 10,000 tahun..ia membuatkan aku terfikir....ada manuasia ke 10,000 tahun dahulu? Dengan tidak semena-mena aku men'google'kan diri mencari tempoh masa antara nabi adam dengan nabi muhammad...aku cuba taip dalam bahasa melayu namun tiada cadangan web yang sesuai...lepas tu aku taip dalam bahasa inggeris..."time interval between adam and jesus (Nabi Isa)"...dan aku dicadangkan oleh google dengan begitu laman web...dan yang paling famous is daripada wikipedia...
Mengikut kajian orang barat (berkemungkinan Yahudi), jarak masa antara Nabi Adam dan Jesus adalah 4000 tahun, kajian ini adalah berdasarkan kitab-kitab diorang agaknya...mulanya agak skeptikel tapi logik tu ada...
Jika kajian itu betul, ini bermakna jarak antara zaman nabi adam sehingga sekarang hanyalah 4000+2010=6010 tahun sahaja. 2010 adalah jarak masa antara sekarang dengan tarikh nabi isa dilahirkan (mengikut kepercayaan kristian)...
Sebagai orang Islam, kita membawa diri kira dengan kepercayaan bahawa Nabi Adam adalah manusia pertama diciptakan (daripada tanah) dan dicampakkan ke bumi kerana mengingkari perintah Allah..
Jika jarak masa antara Nabi Adam sehingga sekarang adalah selama 6010 tahun, manusia apa yang dijumpai di Tasik Kenyir tu?
......aku akan terus berfikir dan mencari kepastian...............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan