25 Februari 2011

Hobi Terbaru



Sejak memiliki DSLR Nikon D90 hampir setahun setengah yang lalu, aku hanya akan snap gambar dan simpan di dalam komputer tanpa mencetak gambar tersebut. Ini kerana aku merasakan gambar yang aku snap xda kualiti berbanding gambar-gambar yang aku tengok dalam majalah-majalah dan dalam laman blog orang lain.

Oleh sebab itu, aku mula mencari-cari kaedah untuk mencantik kan gambar yang di snap. Pencarian ini menemukan aku pada perisian Adobe Photoshop (PS). Aku tak tahu lah PS versi terbaru ni angka berapa tapi yang aku sedang belajar sekarang adalah PS CS5 Extended. Aku dapat perisian ini daripada seorang kawan baik yang sedang berjinak-jinak menceburi bidang fotografi. Beliau sudah pun memiliki syarikat sendiri dan masih baru di dalam bidang perniagaan ini.

Kawan baik aku ni bukan sahaja telah memberikan perisian ini untuk di install di komputer aku, malah juga telah memberikan DVD tutorial dalam bahasa melayu untuk perisian ini. Terima kasih sahabat baik. Jadi, sekarang ini ada sahaja masa terluang aku akan belajar tutorial PS ini dan akan aplikasikan ilmu-ilmu yang dipelajari sebaik mungkin. Disebabkan masa free tu agak kurang, jadi aku baru jer habis bab pengenalan PS CS5- Bab layers...hehehe

Ternyata perisian ini sangat kompleks dan aku rasa perhatian serius harus diberikan ketika belajar tutorial tersebut. Secara peribadi, aku merasa kan yang perisian ini lagi sukar untuk cekap daripada perisian Microsoft Project 2003.

Jadi, ini lah hobi terbaru aku di kala ada masa terluang sekarang. Ilmu ini sangat bermanfaat dan aku akan cuba sedaya upaya untuk 'mastering' Adobe Photoshop CS5 Extended. Berikut adalah beberapa gambar percubaan aku mengedit menggunakan perisian ini.


Keluarga Ku

My First Hero...


My 2nd Hero....


Precious....


Tiada ulasan: