20 Mei 2014

Jom buat passport


Sabtu lepas, kami sekeluarga decide utk ke imigresen shah alam untuk buat passport anak-anak. Cadangan family kelantan untuk ke singapore awal bulan 6  nanti akan disahut.

Jadi anak-anak kena buat passportlah untuk masuk ke singapore. 

Disini aku nak bagi tips incase sapa2 nak buat passport kanak2 pada hari minggu.

1) tak perlu bawa gambar kalau anak korang bole disuruh utk diam masa bergambar

2) bawa gambar sendiri utk anak2 bawah 2 tahun. Senang xyah nak buat pelbagai aksi utk suruh budak yg tak bole nak faham erti duduk diam

3) datang awal, sblm 730 pagi dah tercegat depan pintu pejabat imigresen..nombor giliran hanya dikeluarkan utk 150 permohonan passport pada hari minggu..kalau habis 150, datang lagila next day

4) jika hari cuti umum jatuh hari jumaat, pejabat imigresen pun akan ditutup pada sabtu dan ahadnya.. Aku agak mesti ramai pegawai imigresen yg bercuti.. Sebab tu kaunter tutup

5) tempoh sejam siapnya passport hanya apply selepas anda selesaikan bayaran full kepada imigresen. Bukan dr siap permohonan diterima sebagaimana motto imigresen

6) anda akan spend masa utk buat passport ni hampir setengah hari dikira dari beratur sampai siap. Bawalah
Pelbagai gajet, buku, atau apa2 sahaja utk hilangkan bosan anda menunggu utk buat passport

7) sabar paling utama. Kalau tak sabar bole buat gaduh dgn pegawai imigresen.

Sekian




Tiada ulasan: