17 Mac 2011

Memenuhi Permintaan Hati



Khamis, 17 Mac 2011, ketika aku sedang bermain bola tampar tetiba aku dapat satu sms daripada sahabat baik aku (atok) tertulis: "aku xkira. ko mesti tulis review pasal er6 dalam blog.." dan aku pun reply, "hahaha"....On the way balik dari bermain ke umah, aku mula berfikir ttg apa yang patut aku review pasal moto ni? aku tak reti nak memberi ulasan tentang sesuatu sementelah lagi blog aku hanya ada 5 follower jer...hehehe

Jadi untuk tidak menghampakan harapan dan bagi memenuhi permintaan hari atok, maka di sini aku bagi la ulasan sikit tentang moto yang dah aku pakai hampir 7 bulan.

Moto kawasaki er6f (f=fairing) ni adalah keluaran terbaru di dalam keluarga kawasaki bagi moto jenis sport touring. Model kawasaki sport touring bagi 2009 adalah ER6N (N=naked) adalah jenis moto yang sama dari segi cc enjin namun berbeza daripada rekabentuk dan design. Dan aku telah membeli moto er6f ni setelah menyimpan angan² kurang lebih 1 tahun. Bagi aku, model naked adalah lebih 'cantik' manakala model fairing ni pula lebih 'sopan'. Mulanya memang nak beli jenis bogel ni tapi tokey kedai moto (welly) kata untuk tahun 2011 kawasaki akan stop production moto jenis bogel ni dan akan sambung pengeluaran moto jenis fairing. Jadi, akan berlaku kemungkinan di mana spare parts untuk moto jenis bogel ni akan sukar diperolehi di masa akan datang.

Disebabkan terpengaruh dengan 'dakwah' tokey welly tu, maka aku pun angkat la moto jenis fairing ni dan memilih kaler putih sebagai kaler pilihan. Untuk jenis fairing, kawasaki hanya keluarkan 2 warna sahaja iaitu putih dan hijau (standard warna kawasaki).

Masa nak ambil moto ni dari kedai, En Atok ni la yang temankan aku ke Batu Caves...dia dengan tanpa banyak cakap dengan ikhlasnya sudi temankan aku. Kalu bukan sebab dia, aku rasa sampai sekarang moto aku masih dalam kedai welly sebab xada orang nak temankan untuk pergi ambik. hehehehe....

so, masa bawak balik dari kedai ke shah alam adalah pengalaman yang tidak dapat aku lupakan. masakan tidak sebab kali terakhir aku bawak moto jenis clutch adalah zaman belajar degree bila kawan serumah sewa aku membeli tzm. Gayat gak la mula² nya. Pick up jangan cerita la, 650 cc bro...pulas sikit jer berdesup pegi nyer..mula² mana layan lap sebab takut slide..dan tokey kedai tu ada cakap jangan lenjan awal2..biasakan bawak dengan kelajuan dibawah rpm 8000/12000 untuk 1000km pertama. Ia adalah bertujuan bagi matangkan piston (entah ya entah idak) dan untuk melembutkan tayar baru. Lepas 1000km pertama dicapai, kena servis dan masa tu nak lenjan 200km/jam pon gasak la.

Ada 2 pengalaman tak best masa bawak moto ni balik ke rumah.
1) ada 2 mat rempit ex5 korek blok dok preng2 aku masa brenti kat traffic light area damansara. Agaknya diorang ni dengki ngan aku kot..hahaha
2) tayar belakang tercucuk paku (entah kat mana kena) dan aku terpaksa ke kedai tayar untuk 'tampal' pada hari yang sama (note: masa tu harap ianya bukan nasib malang)....tapi india yang tampal tayar aku tu siap ambik nombor moto aku untuk dia tikam toto....haramzzz

Jadi, ini ulasan aku tentang moto ni.
1) User Friendly: rekabentuk moto dengan paparan antaramuka yang senang (8/10 bintang) dan tidak complicated seperti kokpit kapal terbang. Design tempat duduk juga amat selesa (9/10 bintang). Anda tidak perlu membongkok kan belakang sebagaimana memandu moto superbike Yamaha R1 ataupun Ninja ZXR. Gaya pemanduan er6f adalah sama seperti RXZ dan EX5...hehehe

2) Prestasi: aku kasi 9/10 bintang. Susah aku nak rate prestasi dia sebab aku tak pernah bawak superbike jenis lain. Tapi bagi aku, dengan cc 650 sudah cukup untuk bawak pergi keje dan balik. Senang2 jer nak sesah 0-150km/jam dalam masa 10 saat. Untuk mengukuhkan fakta, aku tanya geng2 er6f yang lain rata-rata berpuas hati dengan prestasi moto ni.

3) Kebolehpercayaan: aku memberikan 10/10 bintang terhadap kebolehpercayaan moto ini. Bagi aku ianya senang di kawal dan cengkaman brek disc depan (double) yang sangat mantap. Takat aku bawak ni, moto ini memang tidak pernah mengecewakan aku. Lagi pon, kalo aku tak yakin dengan moto ni, kenapa aku beli kan? kan? kan?

4) Value for money: bagi aku moto ni sangat-sangat bernilai untuk wang aku. Susah nak cari kat pasaran motor yang bagi aku cantik, power, selamat dan senang di bawa. Lagi pun harga nya 'murah' sikit sebab ianya adalah moto pemasangan tempatan (CKD).

Sedikit aksi Zainal Arif dengan moto aku...hopefully nanti besar jadi pemandu moto berdisiplin...InsyaAllah

Sekian...

p/s: Atok, harap ko puas ati...hehehe
p/ss: bila nak angkat 1? bleh nanti kita buay ride jelajah satu semenanjung
p/sss: aku masih menyimpan hasrat untuk buat ride satu semenanjung satu hari nanti....


1 ulasan:

en mizi berkata...

Tq bro for ur review.
Aku mmg nak pakai er6 mcm ko tapi aku tak mampu buat masa ni.
Blade 250 pun belum tentu lagi.....

Sejak 2 menjak ni teringin benar nak pakai motor besar.. Sewa moto ko sebulan bole?