11 Mac 2011

Mesej Di Dalam Air


Pada satu hari aku terpilih untuk mengikuti satu kem Pengukuhan Pasukan (team building) yang dianjurkan oleh pejabat aku. Kem selama 2 hari tersebut dipenuhi dengan acara-acara menarik seperti ceramah motivasi, permainan-permainan berpasukan, solat berjemaah, jungle tracking dan lain-lain lagi. Kem tersebut diadakan di Kem yang dimiliki bersama oleh pakar motivasi terkenal Dato' Dr Fadzilah Kamsah di Lenggeng, Negeri Sembilan (bersempadan dengan negeri selangor melalui broga dan semenyih).

Selama 2 hari di Kem tersebut, aku begitu tertarik dengan satu ceramah yang diberikan oleh salah seorang petugas Dr Fadzilah tersebut mengenai Molekul Air. Ia mengatakan, bahawa ada seorang daripada Jepun menjalankan kajian terhadap perubahan molekul air sekiranya air tersebut di'ucap'kan perkataan yang baik. Nama mamat Jepun yang menjalankan kajian tersebut adalah Masaru Emoto.

Aku tidak puas hati dengan ceramah tersebut yang mana ada pendapat aku bahawa molekul-molekul air akan selama-lamanya H20. Molekul ini tidak akan berubah dengan mudah melainkan dijalankan proses-proses penguraian molekul terhadap air tersebut. Jika ianya hanya diucapkan dengan perkataan yang baik, masakan molekul bole berubah kan?

Untuk memuaskan rasa ingin tahu yang membuak-buak, aku telah menjalankan sedikit bacaan di ruang siber ini. Bacaan aku adalah menjurus kepada Siapakah mamat Masaru Emoto ni? Apakah kajian yang dijalankan? releven kah kajian beliau? apa signifikan kajian tersebut dan macam-macam soalan yang bermain di fikiran.

Berikut adalah serba ringkas hasil kajian oleh En Masaru ini...

Kristal Air jika diucapkan perkataan "soul"


Kristal air jika diucapkan perkataan Love & Gratitude


Kristal Air yang dialirkan muzik "Japanese Folk"


Kristal Air jika diucapkan Terima Kasih dalam Bahasa berlainan


Mengikut Masaru lagi, jika air diucapkan perkataan-perkataan yang negatif, maka Kristal Air yang terbentuk juga akan bertukar menjadi tidak cantik dan tidak seperti gambar-gambar di atas. Selain daripada itu, Masaru juga mendakwa bahawa air yang diambil dari kawasan pergunungan yang cantik dan berhampiran rumah ibadat juga akan membentuk kristal yang sangat cantik. Selain daripada perkataan yang diucap, Masaru juga mendakwa bahawa kristal air akan berubah terhadap perkataan yang ditulis, gambar, muzik dan video.

Setelah membaca di internet, aku membuat kesimpulan bahawa penceramah yang memberikan ceramah pada hari tersebut tidak menjalankan homework yang sebaik-baik nya. BUKAN molekul air yang berubah tapi Kristal Air yang berubah (mengikut Masaru). Kristal ini diperolehi dengan menyejukkan air yang diucapkan perkataan yang baik dan kristal yang terbentuk dari proses penyejukkan tersebut akan diambil dan diuji dibawah mikroskop.

Menurut penceramah itu, releven nya kajian ini adalah seperti berikut:
1) Badan manusia terdiri daripada 60% air.
2) Bayangkan apa berlaku pada badan kita jika kita selalu mendengar perkataan yang baik, mendengar muzik yang baik dan semua perkara-perkara baik?
3) 70% daripada isipadu otak manusia adalah air..

Kesimpulanya,

1) Ucapkan lah perkataan yang baik kepada sesiapa sahaja kerana ianya memberi kesan yang baik
2) sentiasa mendengar muzik-muzik yang baik seperti muzik beethoven dan lain-lain.
3) sentiasa melihat gambar-gambar yang baik
4) sentiasa berbuat baik.


ps: cerita pasal ni tak habis lagi sebab ada yang tak kena dengan kajian ni
pss: aku akan buat entry lain berkaitan bangkangan teori masaru ni
psss:korang cuba masuk youtube dan search "Masaru Emoto" dan layan la video-video berkaitan.
pssss: selamat membaca..


Tiada ulasan: