11 Jun 2011

Percutian Keluarga | Tanjung Jara Resort | Hari Pertama



Pada 23 Mei 2011 aku dan keluarga aku memulakan perjalanan seawal jam 7 pagi dari Shah Alam menuju ke Dungun, Terengganu. Tujuan adalah untuk berehat cuti-cuti malaysia ke Tanjung Jara Resort Terengganu dan juga bagi memenuhi perlawaan anak sedara aku yang bekerja kat sana. Dia dapat pakej 3 hari 2 malam untuk digunakan namun dia bagi kat aku sebab dia dah bosan berehat di resort tempat dia bekerja.

Perjalanan aku ke Dungun, Terengganu adalah melalui Lebuhraya Karak, Lebuhraya Pantai Timur LPT dan terus masuk kemaman dan sampai ke Dungun kira-kira jam 1 petang. Aku di sambut oleh anak sedara aku sendiri di sana dan diberikan welcoming drink jus blackcurrent. Mula-mula sampai aku sangat kagum dengan hiasan resort ini. Walaupun sebelum pergi ke sana aku dah pun google sikit-sikit dalam internet | klik | namun bila tgk sendiri kecantikan resort tu aku kagum!!

Greetings dari anak sedara

Deko dalam Kamar Mandi

Mula-mula sampai, main dalam bath tub dulu

Kalo sanggup boleh jer nak minum, RM 92 nett per bottle


Masuk bilik 1101. Tak da la jauh sangat dengan reception tapi bila berjalan sambil mendukung anak, penat jugak la. Hiasan dalam dalam bilik sangat cantik dan setaraf dengan tahap 5 bintang dan SLH (Small and Luxary Resort) yang diperolehi oleh resort ini. Dalam bilik kami sekeluarga disambut dengan buah-buahan tempatan pemberian anak sedara aku sebagai "greetings".

bilik jenis serambi..



Jadi, aktiviti pertama aku di sana adalah makan tengahari di restoran nelayan. Restoran di tepi pantai ni sangat santai dengan hiasan yang tidak semak. Berhampiran restoran adalah kolam mandi untuk keluarga. Makanan kat restoran untuk makan tengah hari ni adalah campuran makanan tempatan (selera terengganu) dan makanan barat. Untuk pakej makan dia, pelanggan boleh pilih satu pilihan makanan dalam kategori appertiser, main course, dan desert..ulasan aku: 5/5 bintang.

amazingly beautiful


appertiser

Selesai makan kami berehat sekejep dalam bilik sementara menunggu petang untuk mandi kolam di tempat restoran nelayan tadi. Aktiviti petang dihabiskan dengan mandi-mandi kolam dan pantai yang bersih sehingga senja. Tapi sayang sebab pantai belah pantai timur ni tak dan sunset, cuma sunrise. Nak tengok sunrise kena la bangun awal esok!!

mandi kolam jom!!

Malam pula kami dinner di restoran lain bernama Di Atas Sungei. Yang menarik nya restoran ni makanan dia berkongsepkan walking-talking dinner yang mana pelayan restoran akan datang bertanyakan apa yang kita nak makan dan mencadangkan makanan yang sesuai dengan selera kita. Diberitahu oleh krew restoran bahawa masakan di restoran ini tidak menggunakan MSG dan semua makanan adalah made to order. Malam pertama kami makan tomyam seafood, ikan merah bakar, sayur campur dan bubur nasi ikan merah untuk anak-anak. Sambil menjamu selera, pelanggan dihiburkan dengan muzik gamelan yang dimainkan secara langsung.
scene malam dari serambi bilik

muzik gamelan live time dinner

muka kelaparan nasi bubur (huhu)

Tak da aktiviti yang boleh dilakukan selepas makan sebab makan banyak sangat. Tempoh makan adalah lama sebab sambil makan sambil lepak gossip-gossip dengan anak sedara aku. Tengok la gambar-gambar yang di snap sepanjang hari pertama.

Restoran Nelayan Untuk Lunch

Berposing Selepas Kekenyangan

Tak Bleh Terima Hakikat Makanan Sangat Lazat

Tiada ulasan: