23 Jun 2011

Percutian Keluarga | Tanjung Jara Resort | Hari Kedua

Kali ni aku nak bercerita pulak aktiviti hari ke dua di Tanjung Jara Resort, Dungun, Terengganu. Hari Ke-2 bermula dengan bangun pagi dan bersedia untuk breakfast di restoren Atas Sungai. Susun atur menu untuk makan pagi sangat cantik dengan pelbagai pilihan makanan. Untuk aku of course menu pilihan di waktu pagi adalah nasi dagang terengganu. Superb taste..



Menuju ke Restoren Atas Sungei

cereal for the boys



Anak-anak pilih nak makan cereal dan wife pulak nasi lemak. Presentation buah-buahan potong aku paling suka. Buah tersebut dipotong rata dibahagian bawah agar ianya boleh di susun menegak di dalam piring hidangan.




Scene By The Beach







Landscape dalam resort



Sempadan resort dengan kampung bersebelahan

Sekitar landscape resort


Menunggu makan pagi...

Makan pagi pun amik masa sampai 2 jam. Lepas makan kami sekeluarga ke bilik hiburan atau rekreasi kanak-kanak. Dalam bilik tu ada 2 console game x-box dan nintendo wii..tp console xbos rosak dan wii plak aku tak pandai nak main. Jadi anak-anak dok hentam jer la cuba try nak main even tak tahu cara nak gunakan console tersebut.


Permainan konsol di bilik riadah


Ada pulak komputer desktop kat lobi yang bole digunakan secara percuma. aku apa lagi, cek emel kerja (hehehe..konon!!)...lepas bosan main-main kat bilik tu, aku ajak wife dan anak-anak jalan-jalan keliling resort. Sungguh mendamaikan. Dengan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Suasana redup dan nyaman pokok-pokok kelapa dan susun atur landscape yang menarik, AKU JATUH CINTA....sambil jalan2 keliling resort, aku snap la beberapa gambar. Masa tu terfikir, alangkah best nya kalo ada 70-200mm f/2.8 atau 11-16mm f/2.8....


Laksa Siam...agak kureng!!



Menu dan harga..



Menjelang tengahari, makan lagi di restoren nelayan. Wife amik menu sama macam semalam dan aku plak makan laksa siam. Xberapa bleh masuk sangat la laksa ni. Tapi makanan wife aku sodap tahap mengigau malam...hahahah

Waktu tengahari hingga petang dihabiskan dengan rehat dalam bilik. mula rancang nak ke mesra mall di kerteh sebab kat situ ada satu-satu nya panggung wayang di terengganu. Tapi terpaksa dibatalkan sebab penat makan dan terlampau kenyang!!

Menjelang petang acara fevret tiba...mandi kolam...hahahha...hari last untuk mandi kolam sebelum pulang check out esok..anak-anak la paling seronok...layan kan aja...

Malam plak mcm biasa acara makan-makan dengan walking talking dinner. Kali ni menu pilihan semua adalah cadangan anak buah aku...sedap dowhhhh!!



Sebelum ke dinner

Mandi Kolam...

Sangat suka gambar ni..(creadit to wife yang tukang shoot!!)

Kepenatan dan kekenyangan selepas lunch

Lepas makan, acara mengasah bakat mengambil gambar dengan slow shutter...tak puas hati sebab aku xle nak tumpu...suasa malam agak sunyi dan aku rasa seram plak...hahahahha

Malam...

Tetiba rasa seram sebab sangat sunyi..

Dinner malam last

Tiada ulasan: