14 Ogos 2009

E-mel Terbuka Kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

Perkara: Sampai Bilakah Rakyat Malaysia Harus Ditipu?

Saya merupakan pengguna perkhidmatan jalur lebar (broadband) daripada celcom sejak 2 bulan yang lalu. Saya melanggan perkhidmatan jalur lebar ini berkelajuan ‘up-to’ 3.6 mbps dengan kadar bayaran RM98 sebulan. Saya menggunakan perkhidmatan ini dengan menggunakan modem sendiri jenama Alcatel yang dibeli di ‘booth’ blue cube menara celcom dengan harga RM 399 seunit. Saya ‘terbeli’ modem sendiri ini setelah dikatakan bahawa pihak celcom tidak akan mengikat kontrak selama 2 tahun sekiranya pelanggan memiliki modem sendiri dan juga pelanggan dibenarkan untuk memberhentikan seketika perkhidmatan ini sekiranya berkehendakan sedemikian.

Saya faham akan penggunaan perkataan ‘up-to’ 3.6 mbps oleh pihak celcom. Ia membawa maksud bahawa kelajuan yang diberikan akan mencapai tahap maksimum 3.6 mbps. Saya ada bertanya kepada jurujual perkhidmatan ini, pernahkah seseorang pelanggan akan dapat kelajuan maksima ini. Juru jual tersebut mengatakan tidak akan mungkin kelajuan itu diperolehi memandangkan gelombang yang dipancarkan melalui menara pemancar akan mengalami pelbagai halangan seperti bangunan tinggi, pokok dan sebagainya sebelum tiba kepada pelanggan.

Saya faham akan teori ini dan bertanyakan berapakan kelajuan minimum yang ditawarkan sekiranya saya bersetuju untuk melanggan pakej 3.6 mbps tersebut?Saya dimaklukan bahawa kelajuan minima adalah sebanyak 2.0 mbps. Merasakan bahawa kelajuan 2.0 mbps adalah memadai bagi saya untuk browse laman web, saya dengan rela melanggan pakej RM 98 sebulan walaupon saya sudah mengetahui bahawa kelajuan yang saya akan perolehi tidak akan mencapai 3.6 mbps.

Setelah 2 bulan menggunakan perkhidmatan ini, saya merasakan sangat kecewa dengan perkhidmatan ini. Saya seringkali dihidangkan dengan kelajuan yang seakan-akan perkhidmatan dial-up oleh TM net atau lebih sesuai saya gunakan perkataan kelajuan yang SANGAT-SANGAT LEMBAP. Saya seringkali menguji kelajuan ketika melayari internet di laman web (http://speedtest.net) dan hasilnya adalah sangat tidak memuaskan.

Kelajuan minima yang konon nya 2.0 mbps sebenarnya hanyalah 0.2 mbps. Bayangkan betapa perlahan nya perkhidmatan ini?? Untuk browse muka utama laman web yahoo kadang-kadang memakan masa sehingga 5 minit!!Saya sangat tidak berpuas hati dengan perkhidmatan ini. Sampai bilakah saya yang mewakili beribu-ribu pengguna perkhidmatan ini harus terus ditipu? Saya membayar perkhidmatan yang sememangnya tidak pernah cuba diberikan oleh celcom.

Saya masih ingat akan amaran yang dikeluarkan oleh skmm (suruhanjaya komunikasi dan multimedia Malaysia) pada satu masa dahulu yang semua penyedia perkhidmatan jalur lebar seperti celcom, maxis, digi dsb haruslah memberikan perkhidmatan sekurang-kurangnya 70% dari yang dijanjikan. Ini bermakna sekiranya pelanggan seperti saya yang melanggan perkhidmatan 3.6 mbps, celcom sepatutnya memberikan perkhidmatan minima iaitu 70%X3.6 mbps = 2.52 mbps setiap kali saya menggunakan perkhidmatan ini.

Saya juga faham term ‘fair usage’ yang mana celcom hanya akan memberikan perkhidmatan yang laju sehingga kepada penggunaan adil sahaja. Sekiranya seseorang pelanggan itu telah mencapai ‘penggunaan adil’ nya kelajuan download akan berkurangan iaitu tidak akan sama seperti yang dilanggan.Saya menyeru kepada SKMM dan celcom memandang perkara ini dengan sewajarnya.

Sampai bila kah rakyat Malaysia harus ditipu dengan licik oleh syarikat penyedia perkhidmatan jalur lebar seperti ini?Saya merasakan motto celcom sebagai “penyedia perkhidmatan broadband mudah alih NO 1 di Malaysia” perlu ditukarkan kepada “pemakan duit pelanggan secara licik NO 1 di Malaysia”.

Sekian,Yang berharap,


Zakhiri Bin Musa
Taman Seri Keramat, KL

Nota: saya merupakan bekas pengguna perkhidmatan jalur lebar mudah alih dari maxis satu ketika dahulu yang pernah ditipu dengan cara yang sama.