01 Disember 2009

A journey to life…




Pada 23.10.2009, isteri saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki secara pembedahan. Semuanya bermula pada sehari sebelumnya apabila isteri saya mula ‘turun air’ di hospital semasa sedang bekerja dan terus dimasukkan ke wad untuk diberikan rawatan. Usia kandungan isteri pada masa itu ialah 32 minggu.

Semasa di dalam wad, Dr mengesahkan isipadu air ketuban di dalam rahim isteri saya berkurangan sedikit dan isteri dinasihatkan agar berehat agar air ketuban tersebut kembali bertambah apabila bayi didalam nya kembali kencing semula..

Ketika isteri sedang berehat di dalam wad, pemeriksaan rapi ke atas jantung bayi dan lain2 pemeriksaan dijalankan oleh pihak hospital dan telah didapati behawa sel darah putih isteri semakin menurun menandakan sesuatu yang tidak baik sedang berlaku. Selepas pengesahan Dr pakar diperolehi, didapati bahawa jangkitan kuman sedang berlaku di dalam rahim isteri. Dr pakar mengatakan bahawa kandungan tersebut terpaksa di ‘operate’ untuk menyelamatkan anak di dalamnya. Tanda menunggu lama, isteri saya menandatangani sendiri boring kebenaran ‘operate’ dan pembedahan akan dijalankan pada hari jumaat jam 1.30 petang ketika kandungan masih 32 minggu.

Selama 2 jam menunggu isteri dibedah, akhirnya isteri dan anak keluar dari bilik bedah tapi anak terpaksa di masukkan ke dalam NICU (wad ICU untuk bayi) kerana dilahirkan tidak cukup bulan serta berat badan nya hanya 1.68 kg. Salur pernafasan dimasukan kedalam mulut untuk memberikan oksigen direct ke paru-paru anak. Macam2 jarum di cucuk ke badan anak dan berbagai2 wayar disambung ke mesin yang saya tak tahu apa fungsi nya.

Isteri saya berada dihospital selama seminggu dan dibenarkan untuk pulang namun anak masih di dalam NICU. Saya percaya bahawa jagaan rapi diberikan kepada anak saya oleh pihak hospital memandangkan isteri saya juga merupakan staf dihospital tersebut. Selama anak di dalam NICU, saya dan isteri berulang alik ke hospital setiap malam untuk isteri memberikan penyusuan badan. Pernah satu ketika isteri saya demam mungkin disebabkan keadaannya yang tidak terlalu berpantang sebab terpaksa ulang alik ke hospital.

Alhamdulillah, setelah hampir sebulan anak di dalam NICU, akhirnya dia dibenarkan pulang kerumah. Saya dan Isteri sangant gembira dengan keadaan itu memandangkan anak ke-2 kami sihat sepenuhnya sehingga dibenarkan untuk pulang kerumah. Ketika entri ini ditulis, isteri sudah hamper 40 hari berpantang. Keadaan nya sudah beransur pulih. Syukur kepada Allah yang Maha Agung. Kepada kawan-kawan yang mendoakan kesejahteraan dan keselamatan isteri dan anak saya, terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik korang semua.




Presenting......my 2nd son, Zainal Ali..

19 Oktober 2009

PENIPU part 2

Berikut adalah emel balasan aku kepada SKMM setelah menerima surat daripada pihak Celcom berkaitan perkhidmatan Broadband aku..

""
Tuan,

Terima kasih di atas jawapan yang sungguh meyakinkan tersebut..pada hemat saya, jawapan sebegini adalah jawapan standard daripada menyedia perkhidmatan yang cuba menyelamatkan diri daripada diambil tindakan oleh SKMM. Saya akui yang saya menggunakan broadband di kawasan Taman Seri Keramat. Kepenggunaan saya hanyala selepas waktu pejabat. Diwaktu pejabat saya menggunakan broadband tersebut di pejabat saya di JKR WPKL di Jalan Chan Sow Lin, KL. dan kelajuan yang diberikan adalah sama seperti saya menggunakan di kawasan Taman Seri Keramat (0.3mbps). Saya sangat2 yakin sekiranya puan menanyakan pihak celcom berkaitan perkara ini, pihak celcom akan memberikan jawapan yang sama seperti jawapan terdahulu.

Pihak celcom mencadangkan agar saya menukarkan ke plan RM 68 sebulan. Sebagai pengguna, saya tidak kisah untuk menggunakan apa2 plan pun daripada celcom waima RM 200 sebulan sekiranya plan tersebut memenuhi piawaian dan syarat2 yang dijanjikan. persoalan nya, bagaimanakan nilai wang yang telah saya belanjakan sebelum ini yang mana saya tidak pun mendapat kelajuan yang dijanjikan? Mengikut perkiraan mudah matematik saya, nilai yang patut saya bayar kepada celcom yang memberikan kelajuan 0.2 mbps kepada saya hanyalah RM 5.44 sebulan (3.6/0.2 = 98/x) oleh yang demikian x= 98/16 = 5.44) oleh dengan itu pihak celcom masih berhutang dengan saya sebanyak RM 98-5.44 = RM 92.56 sebulan. Nilai ini perlu didarabkan dengan 5 bulan perkhidmatan yang telah saya guna.

Dan persoalan yang paling penting ialah, sekiranya pihak celcom telah pun mengetahui bahawa sistem di taman keramat sedang/akan ditambah baik, mangapa masih menawarkan pakej/ plan yang sama kepada saya ketika saya mendaftarkan diri untuk menggunakan perkhidmatan ini? Saya percaya saya tidak akan menang dalam hal ni, pengguna seperti saya memang akan selalu ditindas dan ditipu oleh penyedia perkhidmatan seperti celcom.

Saya berharap pihak SKMM memandang perkara ini dengan lebih mendalam. Motto 'customer is always right' selayak nya perlu ditukarkan kepada 'customer can always be fooled'..""

apa yang boleh aku lakukan lagi?

05 Oktober 2009

PENIPU jugak

sama seperti kawan aku en_mizi, aku mengalami masalah yang sama..perkhidmatan broadband dari celcom sangat-sangat mengecewakan..selepas mengutarakan masalah ini kepada SKMM, nampaknya tiada apa improvement daripada ke dua-dua pihak..adalah pihak celcom menghubungi aku bertanyakan soalan seperti mana tinggal, komputer model apa, tahun berapa dan segala bagai soalan lagi..

hasilnya pihak celcom telah membalas e-mel aku kepada SKMM dan meng c-c kan surat balasan kepada aku..alasan standard, "pihak kami didalam proses meningkatkan mutu perkhidmatan di kawasan anda"...dan cuba teka apa tindakan pihak SKMM? nothing dan terpedaya dengan jawapan bodoh dari celcom tu...

kepada pekerja-pekerja kerajaan di SKMM yang baca blog aku ni tolong la buat sesuatu..nanti aku postkan dalam next blog emel balas aku kepada SKMM selepas aku baca alasan standard dari celcom yang bodoh tu...

"CELCOM SUCKSSSSSSS"

14 Ogos 2009

E-mel Terbuka Kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

Perkara: Sampai Bilakah Rakyat Malaysia Harus Ditipu?

Saya merupakan pengguna perkhidmatan jalur lebar (broadband) daripada celcom sejak 2 bulan yang lalu. Saya melanggan perkhidmatan jalur lebar ini berkelajuan ‘up-to’ 3.6 mbps dengan kadar bayaran RM98 sebulan. Saya menggunakan perkhidmatan ini dengan menggunakan modem sendiri jenama Alcatel yang dibeli di ‘booth’ blue cube menara celcom dengan harga RM 399 seunit. Saya ‘terbeli’ modem sendiri ini setelah dikatakan bahawa pihak celcom tidak akan mengikat kontrak selama 2 tahun sekiranya pelanggan memiliki modem sendiri dan juga pelanggan dibenarkan untuk memberhentikan seketika perkhidmatan ini sekiranya berkehendakan sedemikian.

Saya faham akan penggunaan perkataan ‘up-to’ 3.6 mbps oleh pihak celcom. Ia membawa maksud bahawa kelajuan yang diberikan akan mencapai tahap maksimum 3.6 mbps. Saya ada bertanya kepada jurujual perkhidmatan ini, pernahkah seseorang pelanggan akan dapat kelajuan maksima ini. Juru jual tersebut mengatakan tidak akan mungkin kelajuan itu diperolehi memandangkan gelombang yang dipancarkan melalui menara pemancar akan mengalami pelbagai halangan seperti bangunan tinggi, pokok dan sebagainya sebelum tiba kepada pelanggan.

Saya faham akan teori ini dan bertanyakan berapakan kelajuan minimum yang ditawarkan sekiranya saya bersetuju untuk melanggan pakej 3.6 mbps tersebut?Saya dimaklukan bahawa kelajuan minima adalah sebanyak 2.0 mbps. Merasakan bahawa kelajuan 2.0 mbps adalah memadai bagi saya untuk browse laman web, saya dengan rela melanggan pakej RM 98 sebulan walaupon saya sudah mengetahui bahawa kelajuan yang saya akan perolehi tidak akan mencapai 3.6 mbps.

Setelah 2 bulan menggunakan perkhidmatan ini, saya merasakan sangat kecewa dengan perkhidmatan ini. Saya seringkali dihidangkan dengan kelajuan yang seakan-akan perkhidmatan dial-up oleh TM net atau lebih sesuai saya gunakan perkataan kelajuan yang SANGAT-SANGAT LEMBAP. Saya seringkali menguji kelajuan ketika melayari internet di laman web (http://speedtest.net) dan hasilnya adalah sangat tidak memuaskan.

Kelajuan minima yang konon nya 2.0 mbps sebenarnya hanyalah 0.2 mbps. Bayangkan betapa perlahan nya perkhidmatan ini?? Untuk browse muka utama laman web yahoo kadang-kadang memakan masa sehingga 5 minit!!Saya sangat tidak berpuas hati dengan perkhidmatan ini. Sampai bilakah saya yang mewakili beribu-ribu pengguna perkhidmatan ini harus terus ditipu? Saya membayar perkhidmatan yang sememangnya tidak pernah cuba diberikan oleh celcom.

Saya masih ingat akan amaran yang dikeluarkan oleh skmm (suruhanjaya komunikasi dan multimedia Malaysia) pada satu masa dahulu yang semua penyedia perkhidmatan jalur lebar seperti celcom, maxis, digi dsb haruslah memberikan perkhidmatan sekurang-kurangnya 70% dari yang dijanjikan. Ini bermakna sekiranya pelanggan seperti saya yang melanggan perkhidmatan 3.6 mbps, celcom sepatutnya memberikan perkhidmatan minima iaitu 70%X3.6 mbps = 2.52 mbps setiap kali saya menggunakan perkhidmatan ini.

Saya juga faham term ‘fair usage’ yang mana celcom hanya akan memberikan perkhidmatan yang laju sehingga kepada penggunaan adil sahaja. Sekiranya seseorang pelanggan itu telah mencapai ‘penggunaan adil’ nya kelajuan download akan berkurangan iaitu tidak akan sama seperti yang dilanggan.Saya menyeru kepada SKMM dan celcom memandang perkara ini dengan sewajarnya.

Sampai bila kah rakyat Malaysia harus ditipu dengan licik oleh syarikat penyedia perkhidmatan jalur lebar seperti ini?Saya merasakan motto celcom sebagai “penyedia perkhidmatan broadband mudah alih NO 1 di Malaysia” perlu ditukarkan kepada “pemakan duit pelanggan secara licik NO 1 di Malaysia”.

Sekian,Yang berharap,


Zakhiri Bin Musa
Taman Seri Keramat, KL

Nota: saya merupakan bekas pengguna perkhidmatan jalur lebar mudah alih dari maxis satu ketika dahulu yang pernah ditipu dengan cara yang sama.

27 Julai 2009

Semangat Yang Hilang

Sejak kebelakangan ini aku rasa macam semangat dan motivasi aku tetiba hilang..entah mengapa rasa tidak bersemangat untuk kerja dan melakukan perkara-perkara rutin lain..adakah aku perlu bercuti dan berehat?

Nak update blog pon rasa malas yang amat melampau..tekanan tempat kerja yang sangat dasyat agaknya..semua benda ada dateline sehinggakan tak terbuat semua benda..

tolonggg akuuuuuu

14 Jun 2009

Kasut Baru ku..

harini aku g jalan-jalan ke Alamanda bersama isteri, anak dan mak mertua aku..


hasilnya?


sepasang kasut baru..kasut ni tujuan utk dipakai bukan time keje..aku ada satu aktiviti baru yang memerlukan aku mempunyai satu kasut kasual..sebelum beli aku berkenan dengan kasut design lain tapi design yg cantik tu menggunakan tali sebagai pengikat..aku ni plak jenis xsuka pakai kasut bertali..leceh..
so, sambar je jenis ni..puas hati

13 Jun 2009

aku penin

  • aku masih tiada maid untuk jaga anak
  • anak aku nangis bila hantar nursery..
  • hasilnya mak mertua dah jaga anak aku hampir 2 bulan...
  • kesian dia..

15 Mei 2009

Apa Aku Buat?

Last entry aku ialah pada 28 mac 2009..sehingga sekarang sudah hampir 2 bulan aku tidak men'update' blog aku ni?

Apa aku buat dalam tempoh tersebut? Macam-macam yang aku telah buat dan telah terjadi sepanjang tempoh tersebut. Antaranya:
1) Maid aku yang pertama terpaksa diberhentikan atas sebab-sebab kesihatan yang tidak mengizinkan dia untuk terus bekerja dengan keluarga aku.
2) Mencari pengganti maid pertama yang nyata nya hanya mampu bertahan selama 2 minggu. Apa benda yang menyebabkan dia nak berhenti masih menjadi tanda tanya aku sekeluarga.
3) Terpengaruh dengan 'hasutan' en mizi tentang kehebatan i-phone dan terus membelinya. Hasilnya? bill henfon aku selepas sebulan menggunakan iphone mencecah 3 ratus hengget.
4) Melanggani perkhidmatan jalur lebar dari P1 wimax. Komen: Laju giler bai...maxis broadband sucks..
5) Tidak sempat untuk menguruskan e-filing jabatan hasil kerana sistem yang sangat slow. terpaksa hantar secara manual.
6) Mendapat berita gembira yang wife aku +ve UPT 2 bulan. ketika entry ini ditulis sekarang dia sudah 3 bulan..alhamdulillah dan semoga semuanya selamat
7) Meminta bantu mertua untuk menjaga anak sulung aku sementara mendapat maid baru yang dijangka akan tiba dalam masa sebulan.
8) Kawan baik aku En Hasbullah ditukarkan ke tempat lain...huhu..sedih ooo..
9) Kadar kolesterol aku turun ke tahap normal..thanks to Quacker Oat...(betul ke eja?)
.........dan macam-macam lagi..

28 Mac 2009

kenapa saya tidak hadir...

aku baru saja habis baca blog dr mahathir (chedet.com) melalui link dari blog en mizi...suka baca ayat ke 11 dari Dr M...beliau menulis

" 11. Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah."

alih-alih berita pertama dari buletin utama tadi..tunjuk gambar Dr M berpelukan dan bersalaman dengan PM kita..


apa cerita?



07 Mac 2009

Tagged By Meor (my nephew)

Ni adalah kali pertama kena tagged..sebagai blogger yang baru aku tak paham apa sebenarnya 'tag' ni..cuma kalo nak direct translate bahasa tagged bermaksud 'kena label'...so aku layan jer la permintaan hati (bukan lagu letto) anak sedara aku nih...

1. snap the picture of both inner and outer of your purse/wallet.
2. introduce your purse brand, price and where u buy.
3.take out whatever its inside ur purse/wallet
4. tagged other person
5. comment on ur fren's (who tagged u) purse/wallet..

--------------------------------------------------------------------------------------------------

1)


2) as you can see the logo, the brand is DOCKERS..
harga? tak tahu berapa sebab ia merupakan pemberian isteri semasa kahwin hampir 2 tahun dahulu...rasanya dia beli kat KL nih..

3)
sorry la bil 'syabas' pon ada..nak kena bayar bill+installement on next tuesday..

4) nak tagged saper ek? rasa-rasa nya....ermmmmm

5) komen ttg wallet anak sedara aku tu? ia adalah typical wallet seorang student..kad bukan main banyak...huhuhu

06 Mac 2009

Berani

Hari ini aku menerima satu sms dari seorang sahabat...agaknya sms tersebut dia terima daripada satu perkhidmatan yang dilanggan terdahulu..sms tersebut berbunyi...

"orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu tindakan atau keputusan,sampai bila bila pun tidak akan menjadi orang yang berani...Ali Bin Abi Talib"

aku consider quote ini adalah kata-kata dari salah seorang sahabat nabi junjungan kita SAW sbb dihujung ayat tersebut terpampang nama nya..

Bukan nak kritik atau query tentang kata-kata tersebut namun bagi aku ia sepatutnya mempunyai penjelasan yang lagi detail..aku faham 'berani' yang dikatakan didalam quote tersebut refer kepada keberanian seseorang untuk membuat keputusan. Aku berpendapat bagus jika kita berani untuk membuat keputusan. Tapi sebelum keputusan dibuat kita kena considerkan macam-macam perkara..antaranya:
1) baik atau buruk keputusan yang dibuat.
2) kesan perasaan 'orang lain' terhadap keputusan yang dibuat
3) macam mana keputusan yang dibuat akan merubah kehidupa kita mahupun orang lain..

macam-macam yang perlu di consider kan terlebih dahulu. sekiranya semua faktor-faktor tersebut telah di consider dengan yakin, maka baru lah keputusan boleh dibuat.

Selepas itu barulah kita boleh apply "jangan terlalu memikirkan akibat dan kesan dari keputusan yang dibuat"...macam mana? setuju?

ps: adakah dengan terlalu berfikir ini aku sebenarnya seorang yang takut untuk membuat keputusan?

17 Februari 2009

Aku yang Cuti...

hari ni aku mengambil keputusan untuk cuti sakit..semalam semasa ber'YM' dengan en mizi di talian, ciri nak sakit dah terasa..bila bangun jer tido jam 6.30 pagi tadi kesakitan ini tidak terbendung lagi..

aku sebenarnya adalah pengidap sakit gout..semasa entry ini ditaip aku sebenarnya sedang melayari jaringan laman berkaitan penyakit ni..dah hampir 12 tahun aku kena penyakit ni..di sini aku turun kan beberapa info aku dapat melalui jaringan laman berkaitan penyakit ini...

Gout adalah sejenis penyakit yang dicirikan dengan kesakitan dan pembengkakan sendi yang berulang, khasnya berlaku di kalangan kaum lelaki muda atau pertengahan tahun. Ia biasanya bermula dengan satu sendi pada satu masa dan lazimnya sendi pada tapak ibu jari kaki. Paras asid urik dalam darah adalah tinggi dalam gout. Hal ini merupakan akibat daripada ketidakupayaan kimia badan mengendalikan purin, iaitu satu sebatian nitrogen yang penting untuk tenaga. Purin boleh terbahagi kepada endogenus (disintesis dalam nukleus sel badan manusia) atau eksogenus (diperolehi dari makanan). Titik akhir metabolisme purin ialah asid urik yang dihasilkan dalam hati. Kebanyakan asid urik dikumuhkan oleh ginjal melalui air kencing manakala sebahagian pula disingkirkan melalui usus. Proses-proses tersebut mengekalkan paras asid urik dalam lingkungan yang normal. Namun begitu, dalam keadaan tertentu, badan menghasilkan terlalu banyak atau menyingkirkan terlalu sedikit asid urik dan seterusnya mengakibatkan paras asid urik yang tinggi dalam darah. Dalam gout, hablur natrium urate termendak pada dan di sekeliling sendi serta tisu lembut dan menyebabkan kesakitan serta keradangan. Hablur-hablur ini juga boleh berkumpul dalam ginjal dan mengakibatkan batu karang urate malah kerosakan ginjal.

aku tertarik dengan kata-kata penulis (mungkin doktor) laman tersebut..ada pelbagai punca-punca penyakit gout yang dikenal pasti..antaranya adalah tekanan..tekanan? mcm betul kata-kata penulis tu..mungkinkah tekanan di tempat kerja sekarang memungkinkan aku diserang penyakit ni walaupon aku sudah sedaya upaya mengawal pemakanan aku??

ps: perlu dapatkan pandangan kedua berkaitan perkara ini...
pss: info di atas aku amik dari sini http://www.efarmasi.com.my/contents/selfcare/selfcare.asp?sfcrb=gout-bm.htm

15 Februari 2009

Jalan-Jalan...

Hari ni hari ahad 15 Feb 2009..cuti hujung minggu..kebetulan pulak isteri aku pon cuti selepas 2 hari dia 'on-night' di hospital..kesempatan ini aku ambil untuk keluar jalan-jalan bersama anak lelaki kesayangan aku ni..mulanya agak malas nak kuar tapi bila memikirkan yang kami xda apa nak dibuat dirumah, aku pon kuar jugak la..

Aku tanya wife aku nak kemana dan dia cakap nak ke tempat (shopping complex) yang xramai orang..(ada ke shopping complex kat KL ni yang xramai org hari minggu ni?)..fikir punya fikir last2 aku decide untuk ke Great Eastern Mall kat jalan Ampang. Kebetulan tpt tu dekat dengan umah aku (lebih kurang 3 km jer)..

Kami kuar tadi kul 2.00 petang..memang sangkaan aku tepat..shopping complex tu memang xramai orang..parking basement senang dan murah (RM 1 shj!!)..bagi aku dan isteri, ini merupakan kali pertama kami kesana..selalunya aku hanya lalu depan GEM ni bila pulang dari kerja jer..

Pandangan aku tentang tempat ni adalah seperti berikut:
1) aku suka dengan bayaran tempat parking dia..walaupon hari minggu dia tetap caj RM 1.
2) banyak kedai-kedai (outlet) yang aku suka..antara nya Clarks, Ausinno, Timberland, Starbucks, British India, dan MPH..
3) sangat suka kemudahan escalators (tambahan) dia..ada disediakan 2 escalators yang akan skip satu floor..maknanya..escalator yang terus bawak kita naik ke tinggat 2 dari Ground Floor dan dari tingkat 2 terus ke tingkat 4 selain escalators biasa untuk ke satu-satu tingkat
4) sangat tidak suka dengan kemudahan kedai makan..food court xder..(atau tutup)..cuma ada Chicken rice shop dan beberapa kedai makan yang semestinya untuk golongan atasan..(mahal la tu)
5) wife aku sangat suka dengan kedai nama cotton picking iaitu kedai untuk custom made sarung bantal especially untuk baby..selain sarung batal ada jugak barang2 lain berasaskan bayi..

Aku dan Isteri menghabiskan masa selama 2 jam setengah disini..selepas menjamu selera di chicken rice shop dan setelah membeli cadar ausinno (offer 50%) kami pun pulang kerumah dan sampai jam 5 petang..

ps: anak aku tido selepas mengamuk nak makan chicken rice shop jugak...huhu
pss: kalo xnak parking biasa ada disediakan parking valet dengan byrn RM 10 (agaknya)..kat sini korang bole tgk pelbagai kereta-kereta berharga lebih RM 150k dengan no plate semuanya 1 angka...

10 Februari 2009

Aku yang sibuk

aku tak tahu kenapa sejak 2 bulan kebelakang ni aku macam sibuk semacam..seharian berlalu kat tempat kerja rasa macam sekejap jer...start keje hari isnin tahu2 dan hari jumaat..kesibukan seperti ini tak pernah aku rasai masa bekerja dengan swasta dulu...

teringat kata beberapa orang member-member sama blajar dulu..."wei korang, kalo rasa nak kerja rilek masukla goverment.."... bila aku sendirik masuk kerja dalam sektor awam ni, aku rasakan kerja goverment sebenarnya lebih sibuk daripada kerja swasta..nak kata menyesal xder la, cuma terfikir...adakah org yang keje dalam sektor awam macam aku ni sibuk macam aku?

19 Januari 2009

Hobi

Entry ini tidak membawa maksud bahawa aku ingin menandingi kehebatan pasangan Datuk Seri Mohd Khalid Jiwa a.k.a Datuk K dengan isterinya Datin Seri Siti Nurhaliza..entry ini cumalah sedikit perkongsian minat (passion) aku terhadap jam tangan..

Aku memang salute datuk k kerna menghadiahkan seutas jam tangan Richard Mille dipercayai berharga RM 250,000 yang mana aku boleh umpamakan yang siti nurhaliza memakai sebijik banglo satu tingkat ditangan nya jika banglo itu dibeli di negeri kelantan.

aku tak tahu bila minat aku terhadap jam tangan berputik. Aku sangat ingat ialah jam tangan (analog) pertama yang aku pakai ialah ketika darjah 5 yang mana jam tersebut adalah hadiah daripada arwah ayah aku..apa yang aku kesali, jam tangan itu telah rosak dan hilang dibawa arus banjir pada tahun......(lupa)

sehingga sekarang aku tak tahu la dah berapa banyak jam tangan aku beli dan hilang. Yang paling aku sayang ialah jam tangan swatch limited edition yang mana jam tersebut ada design aksi kamasutra muka paparan jam tersebut. Jam tersebut masih ada didalam simpanan aku di kampung dan sekarang tak boleh nak pakai sebab talinya dah rosak. (itulah kelemahan jam swatch..senang rosak tali)

minat mendalam aku terhadap jam tangan ini jugalah yang mendorong aku membeli seutas jam tangan jenama Guess di bandar alor star kedah ketika mula-mula mendapat duit ptptn semasa belajar diploma di arau dulu..hehehe...membazir duit ptptn la aku nih..namun, jam tersebut telah hilang di cilok oleh seseorang ketika keluarga mengadakan kenduri arwah ayah aku dikampung 4 tahun dahulu...sedih ooo...jam guess ilang...

berikut adalah koleksi terkini jam tangan aku. sebahagian adalah original dan sebahagian adalah jam replika dibeli melalui laman web lelong.com




dari kiri..
Seiko : Benda yang aku beli dengan gaji pertama ketika mula-mula bekerja.
Arbutus : Jam tangan pemberian Isteri ketika hantaran kawin dulu.
Tag Heuer : Jam tangan replika yang membuat cina kedai jam di leasure mall tertipu kata
jam ini adalah original
Patek Phillip : Jam tangan replika jugak aku beli melalui lelong.com. Sampai sekarang aku
xpakai jam ni sebab tak suka...rugi jer beli
Espirit: Jam tangan aku beli imbuhan hasil titik peluk mengajar Microsoft Project satu ketika
dulu
Casio Pro-Trek : Jam tangan terbaru yang aku beli. Paling mahal antara jam-jam yang pernah aku ada. Kelebihan jam digital ini adalah ianya ada fungsi kompas, altimeter (mengukur ketinggian dari aras laut, termometer dan barometer (untuk predict cuaca terutamanya untuk predict hujan)


Seperti yang aku katakan, entry ini bukan untuk menandingai jam tangan Richard Mille Siti Nurhaliza..kalau dibandingkan harga jam siti tu, kalo aku hidup sehingga 80 tahun pon belum tentu aku akan mampu beli semata-mata jam tangan semahal itu...huhuhu

09 Januari 2009

Seminggu?

Sudah seminggu lebih aku tak memblogging..alasan yang sama aku kasi ialah ketiadaan perkhidmatan talian internet dirumah mahupun diofis..dan tidaklah aku ni ber'sungguh' sangat untuk memblogging sehinggakan perlu ke kafe siber..huhu

Apa yang telah aku lalui untuk seminggu ini? Disini aku ringkaskan...
5.1.09 (isnin) - pergi kerja macam biasa dengan agak tensen sbb jalan jem giler kerana sesi persekolahan baru bermula..masuk ofis terus mulakan kerja yang aku tinggalkan selama 4 hari sebab bercuti sempena tahun baru. sedar-sedar satu hari dah berlalu..

6.1.09 (selasa) - bersiap untuk ke tempat kerja. Hari ni kena sampai awal ke ofis sebab dalam kui 9 pagi kena pergi ke ibu pejabat untuk mesyuarat. Sebenarnya menemani salah seorang rakan sekerja bermesyuarat disana. balik tengahari terus ke bahagian ukur bahan sebab nak bincang dengan bos QS berkenaan VO meeting yang aku kena hadir pada hari jumaat (9.01.09). 2.30 ptg chair satu meeting berkenaan mencari penyelesaian berkaitan masalah kecurian wayar eletrik di salah satu projek aku. Dapat solution, NSC janji akan siap kerja dalam masa 10 hari.

7.1.09 (rabu) - harini ada 2 mesyuarat tapak yang kena dipengerusikan. SK kg Batu dan SK TTDI, KL..hangin satu badan lepas chaired site meeting SK Kg Batu sbb wakil kontraktor nampaknya mcm xder pengalaman buat projek dan hanya pandai memberi janji2 palsu. Lepas meeting di SK TTDI, terus balik ofis dalm kui 2 ptg. 2.30 ada plak meeting di pejabat antara NSC dan Main Con. Nak kena chair jugak meeting ni sbb projek aku punya problem, kena la setel.

8.1.09 (khamis) - sepatutnya harini aku kena menghadiri perhimpunan pagi bersama menteri kerja raya. Dengan smart nya aku pakai baju batik paling mahal pernah aku beli. Last2 aku xjadi pergi ke perhimpunan tu sebab aku sampai lewat ke pejabat dan ditinggalkan di pejabat. Traffic jem di KL sekarang mcm siot. Kuar kui 7 pagi dari rumah masih tidak sempat untuk sampai ke pejabat pukul 8 pagi walaupon perjalanan hanya 7 kilometer. Tengahari aku menghadiri jamuan perpisahan salah seorang staf ofis aku yang sambung belajar selama setahun. Jamuan tersebut dibuat di restoran tupai-tupai KL.

9.1.09 (jumaat) - harini ada plak perhimpunan pagi bersama pengarah aku. start kui 8.30 pagi sehingga 9.30 pagi. Lepas tu ada plak mesyuarat bahagian yang kena hadir kui 10.30 sehingga 12 tengahri. Lepas smayang jumaat, aku terus rasa sakit belakang dan mula rasa mcm nak demam. Diketika aku mengadap komputer melirik kan ayat-ayat di dalam blog aku ni, aku menahan sakit belakang. Lepas aku publish post ni, aku nak terus off pc ni dan masuk tidur dengan memakan panadol terlebih dahulu...


nota: thanks to mr hasbullah for let me taking his broadband modem home.