07 Julai 2014

Gone Movie #2: Transformers

26 Jun 2014| wife ajak melayan movie transformer sebelum ramadhan muncul bagi mengelakan spekulasi umum yg negetif terhadap mereka yg menonton wayang di malam bulan ramadhan

Ok set, jom book tiket!!.. Asalnya nak tgk kat tgv tp malam tu semua full..yg ada kat space u8, bukit jelutong


Ok booking dah confirm. Semua wajib bersiap before 7pm. 730 gerak sampai sana 745


Parking besmen incase lupa tpt parking..pastu beratur nak tukar tiket online ke tiket biasa..


Tiket dah ada, jom semua!!




Dan seperti biasa masing2 masuk panggung semata untuk tido! Yeayyy!!

20 Jun 2014

Hari Keluarga JPP 2014

14 Jun 2014|Sabtu, hari keluarga JPP yang julung-julung kali diadakan. Lokasi adalah Taman Wetland, Putrajaya

Pagi2 lagi aku dan 2 hero siap siaga nak kesana. Sampai jam 9 pagi dan acara bermula dgn senamrobik.

Acara kanak2 anakanda masuk kutip gula2. Then bawah pingpong dlm sudu..aku masuk acara dewasa

Merasalah bawak balik hadiah. Dapat cabutan bertuah seterika dan paling tak sangka menang karaoke dan hadiah tunai 150 hengget..hooreyyy







11 Jun 2014

SMART Reader Sport Day 2014

Ahad|25 Mei 2014

Yeay!! Hari yang ditunggu akhirnya tiba. Dah dekat seminggu anak-anak dok remind tentang hari sukan tadika diorang. Pagi-pagi lagi kami dah siap siaga sebab cikgu sekolah mahukan semua pelajar kena ada kat padang tepat jam 8.30 pagi.

Sedikit kecewa dengan pengurusan sekolah sebab pilih stadium mini sek men USJ23 sebagai venue sukan tahun ni. Tak seperti tahun lepas, sukan kali ni dibuat ditempat terbuka dan sangat panas. Arif dan mula tunjuk tak selesa dan start menggaru kulit eczema dia. Tahun lepas lagi okay sebab mini stadium tertutup. At-least budak2 nak bersukan pon selesa.

Start daftar mulalah perbarisan. Dek kerana cuaca yang sangat panas, Arif langsung tak nak main apa2 acara. Ali sempat jugak lari susun tin. Kami beredar dari tempat sukan tepat jam 11 pagi.

Takpa la anak2 ku. Nanti sekolah betul nanti korang main la sukan sebenar.

Beratur dalam kumpulan

peminat memberi sokongan

peminat cilik

tahan panas

panas

seronok jumpa kawan2

bergerak dalam barisan

kepanasan

tarian sangat!!
Gembira dengan hadiah 'bocong' air

31 Mei 2014

My 8th anniversary

Tanggal 26 MEI 2014 adalah hari ulangtahun perkahwinan saya yg ke 8 tahun..alhamdulillah dilimpahi dengan keluarga yang bahagia dan anak-anak yang sihat sentiasa..

To my lovely wife, thank you for being my loyal partner. I love you always..




20 Mei 2014

Jom buat passport


Sabtu lepas, kami sekeluarga decide utk ke imigresen shah alam untuk buat passport anak-anak. Cadangan family kelantan untuk ke singapore awal bulan 6  nanti akan disahut.

Jadi anak-anak kena buat passportlah untuk masuk ke singapore. 

Disini aku nak bagi tips incase sapa2 nak buat passport kanak2 pada hari minggu.

1) tak perlu bawa gambar kalau anak korang bole disuruh utk diam masa bergambar

2) bawa gambar sendiri utk anak2 bawah 2 tahun. Senang xyah nak buat pelbagai aksi utk suruh budak yg tak bole nak faham erti duduk diam

3) datang awal, sblm 730 pagi dah tercegat depan pintu pejabat imigresen..nombor giliran hanya dikeluarkan utk 150 permohonan passport pada hari minggu..kalau habis 150, datang lagila next day

4) jika hari cuti umum jatuh hari jumaat, pejabat imigresen pun akan ditutup pada sabtu dan ahadnya.. Aku agak mesti ramai pegawai imigresen yg bercuti.. Sebab tu kaunter tutup

5) tempoh sejam siapnya passport hanya apply selepas anda selesaikan bayaran full kepada imigresen. Bukan dr siap permohonan diterima sebagaimana motto imigresen

6) anda akan spend masa utk buat passport ni hampir setengah hari dikira dari beratur sampai siap. Bawalah
Pelbagai gajet, buku, atau apa2 sahaja utk hilangkan bosan anda menunggu utk buat passport

7) sabar paling utama. Kalau tak sabar bole buat gaduh dgn pegawai imigresen.

Sekian




18 Mei 2014

Redbull Air Race Putrajaya 2014

     

Ahad|18 MEI 2014
Sedang tak tahu nak buat apa petang-petang hari minggu ni, cik puan ajak gi tengok redbull air race kat putrajaya. Kebetulan dia dapat tiket free maka aku terus teruja!

Ok, semua orang siap! Pakaian tema oren superman menandakan kami semua sekeluarga..

Lets go guys!!



Kalau nak beli tiket untuk semua ahli keluarga yang meriah ni, mau kena spend dekat-dekat seribu ringgit!!

Dapat tiket di zon A kira ok gak la. Free seating punya tiket kami pilih satu kawasan rumput yang kosong..

Anak-anak seronok bermain dan buat hal masing-masing. Aku apa lagi? Berselfie dan capture gambar anak-anak sebagai kenangan.








Ada plak kapel mat salleh nak mintak dukung anakanda tercinta aku time kami dok main-main.

Reaksi wife? Jangan harap!! Hahaha

Anyway memang seronok bawak budak-budak ni keluar sekali sekala kat luar.

Bak kata penganjur, see you again next year.

10 Mei 2014

Happy mothers day 2014

Ramai org kata sepatutnya hari ibu ni hari2..dan ada jugak yg kata hari ibu yg disambut sekarang adalah sambutan kristian terhadap rahib perempuan mereka..

Bagi aku sambutan yg dibuat hanyalah sambutan mengenang jasa-jasa ibu kita.. Memang betul kita perlu kenang jasa ibu kita setiap hari namun apa salahnya ada hari khas utk diraikan?

Kepada semua ibu2 didunia especially ibu ku dikampung, ibu mertua ku dan teristimewa ibu kepada anak2 ku...selamat menyambut hari ibu

Kalian sememangnya terbaik dan hanya syurga sahaja balasan yang setimpal dengan pengorbanan kalian...