11 Jun 2014

SMART Reader Sport Day 2014

Ahad|25 Mei 2014

Yeay!! Hari yang ditunggu akhirnya tiba. Dah dekat seminggu anak-anak dok remind tentang hari sukan tadika diorang. Pagi-pagi lagi kami dah siap siaga sebab cikgu sekolah mahukan semua pelajar kena ada kat padang tepat jam 8.30 pagi.

Sedikit kecewa dengan pengurusan sekolah sebab pilih stadium mini sek men USJ23 sebagai venue sukan tahun ni. Tak seperti tahun lepas, sukan kali ni dibuat ditempat terbuka dan sangat panas. Arif dan mula tunjuk tak selesa dan start menggaru kulit eczema dia. Tahun lepas lagi okay sebab mini stadium tertutup. At-least budak2 nak bersukan pon selesa.

Start daftar mulalah perbarisan. Dek kerana cuaca yang sangat panas, Arif langsung tak nak main apa2 acara. Ali sempat jugak lari susun tin. Kami beredar dari tempat sukan tepat jam 11 pagi.

Takpa la anak2 ku. Nanti sekolah betul nanti korang main la sukan sebenar.

Beratur dalam kumpulan

peminat memberi sokongan

peminat cilik

tahan panas

panas

seronok jumpa kawan2

bergerak dalam barisan

kepanasan

tarian sangat!!
Gembira dengan hadiah 'bocong' air

Tiada ulasan: