29 April 2011

Happy 3rd Birthday My Angel

Assalamualikum w.b.t pembuka bicara.....

Hari 29.04.2011 maka genap lah usia 3 tahun anak sulung aku Zainal Arif. Sesungguhnya kehadiran dia di dunia melengkapkan lagi kebahagiaan kami suami isteri. Zainal Arif ni Lahir pada jam 1.42 petang di hospital secara normal dengan berat 2.3 kg. Alhamdulillah syukur yang tak terhingga aku panjatkan pada Ilahi di hari kelahiran nya dahulu.

Memasuki 3 tahun aku rasakan masa berlalu sangat pantas. Dari hari kelahiran Zainal Arif, membesarkan nya dan menjaga nya penuh kasih sayang. Tiada benda lain di dunia aku sanggup tukarkan dengan seseorang bernama Zainal Arif.

Hadirmu tidak ternilai..
Tawamu memberi sinar...
Tangis mu melodi indah..
Senyum mu mentari pagi...
Abah dan Mama sayang kamu...

Selamat Hari Lahir Ke-3 Buat anak ku Zainal Arif. Semoga sinar kebahagiaan ini terus memancar dan bersinar di dalam keluarga kita.....

Susunan foto Zainal Arif membesar.....


Zainal Arif New Born

sebulan

3 Bulan

5 Bulan

7 Bulan

9 Bulan (maaf gambar phone camera)

13 Bulan..

15 Bulan

19 Bulan

22 Bulan

2 tahun

2 Tahun 4 Bulan

2 Tahun 8 Bulan...

26 April 2011

Hadiah dari Seorang Sahabat


Hari ini daku sangat gembira...bertemu dengan sahabat dan mendapat sebuah bag. Bag ini merupakan penghargaan daripada sahabat aku ini kerana bersama-sama di dalam melakukan kerja-kerja fotografi ni....tapi beg apa?


\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

taraaaaaaaa....(bak kata anak aku Zainal Arif)




best ke beg ni? xreti aku nak review, korang tgk jer la laman web ni.....(klik)


Masa dapat beg tu, aku diberi cabaran. "Sila snap gambar beg ini menggunakan DSLR dengan syarat warna hitam kena nampak hitam, bukan kelabu" kata nya...so pada pandangan korang, gambar kat atas tu kaler beg tu hitam ke kelabu? aku rasa dah hitam dah...xtau la kalo mata orang lain nampak kelabu......


kalo gambar nim kompom for sure memang hitam kan? heheheheh




Kepada sahabat aku, En Idlan Zarifi, terima kasih yang tak terhingga diucapkan. Semoga Allah murahkan rezeki En Idlan sekeluarga dan memberikan tambahan rezeki yang melimpah ruah.....aminnnnn


T E R I M A K A S I H


20 April 2011

First Official Job Part 1



Pada 15-16 April 2011 yang lalu, pasukan kami telah dipanggil secara rasmi oleh kerajaan negeri kedah untuk membuat liputan penggambaran bagi acara yang di panggil Malaysia Water Festival Langkawi 2011 yang telah diadalan di Pantai Chenang, Pulau Langkawi. Kiranya ini adalah merupakan kerja rasmi pertama bagi pasukan kami. Pasukan kami ini terdiri daripada 3 fotografer dan 2 videografer. Ini disebabkan pihak Jabatan Pelancongan Negeri Kedah mahukan juga coverage dari segi video terhadap acara yang mereka jalankan ini. Aku difahamkan bahawa pesta ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia bertujuan untuk menarik pelancong ke Pulau Lagenda Langkawi seterusnya menggalakkan industri pelancongan di Malaysia..


Banyak acara yang di atur oleh Kementerian Pelancongan dengan kerjasama kerajaan negeri kedah di festival air langkawi ni.. Acara sukan rakyat, tarian kebudayaan, gerai jualan, gerai pameran, sukan berasaskan air, dan tidak ketinggalan juga konsert oleh artis-artis popular malaysia.

Secara keseluruhan, aku rumuskan acara tersebut sangat memenatkan bagi aku yang kali pertama menjalankan kerja-kerja 'furufoto' bagi acara-acara rasmi seperti ini...namum banyak pengalaman yang aku timba.

Selain daripada itu, aku jugak telah mendapat kawan baru yang bagi aku sangat2 sempoi dan sporting. Agak susah pada zaman ini untuk bertemu dengan kawan baru yang terus boleh mesra hanya dalam masa 2-3 hari.

Aku biarkan gambar jerla menceritakan keadaan sepanjang festival tersebut berlangsung k...


Artis Jemputan Adira

Salah sorang peserta pertandingan karaoke

Close-up our team


Gerai Jualan


Artis Jemputan Awie


aktiviti di pesisir pantai

Tarik Tali


Penari Kebudayaan


Pelancong yang terhibur dengan acara pentas

Pelancong yang menang acara pantai


Gaya spontan pengunjung


Bola Jaring kanan-kanan


Bola Sepak kanak-kanak

p/s: aku rasa malas nak edit gambar-gambar ni lagi
p/ss: hajat nak upload lagi banyak gambar tapi line internet ni lembab macam siput..
p/sss: tunggu part 2 aku upload banyak lagi gambar....




04 April 2011

Minggu Sukan


Balik daripada wedding photoshoot kat kedah sebelum ni, aku diminta untuk bermain bola tampar untuk Jabatan kat Putrajaya di dalam pertandingan Bolatampar tertutup Kementerian. Jabatan aku telah menghantar 3 pasukan iaitu 2 pasukan lelaki dan 1 pasukan perempuan. Aku telah diletakkan di dalam pasukan A bersama-sama dengan member-member lain yang terpilih. Pemilihan dibuat adalah berdasarkan kepada prestasi ketika bermain bola tampar di dalam sukan tertutup Jabatan 3 minggu sebelum itu. Disebabkan bola tampar ni merupakan antara sukan yang aku suka, jadi aku bermain dengan bersungguh-sungguh walaupun pasukan yang dibentuk terdiri daripada ahli-ahli yang aku baru kenal dan tidak pernah bermain bersama sebelum ini.

Pertandingan di buat secara liga yang mana di dalam pertandingan tersebut pasukan aku telah memenangi kesemua perlawanan peringkat kumpulan dan berjaya masuk ke pertandingan akhir. Alhamdulillah, pertandingan akhir berlangsung di mana pasukan dari Jabatan aku bertemu sesama sendiri (Team A vs Team B). Perlawanan akhir tersebut diadakan pada jam 11 pagi ketika matahari semakin menegak di atas kepada. Ya Allah, panaskan musim sekarang.

Walaupun panas agak terik jam 11 pagi tu, Alhamdulillah, pasukan aku iaitu Team A telah memenangi tempat pertama dan menjadi juara di pertandingan tersebut. Guess what, hadiahnya adalah............sehelai TUALA mandi.....hahahaha

We are The Champion my friend....huhu


Gembira dengan Hadiah TUALA.....


Seminggu selepas perlawanan di atas, aku terpilih pulak untuk mewakili Jabatan di Pertandingan Boling Tertutup kementerian aku. Pertandingan tersebut dijalankan di pusat boling Alamanda, Putrajaya. Sebanyak 59 individu (lelaki) dari pelbagai agensi di bawah kementerian yang turut bermain pada hari tersebut dengan 15 pasukan (lelaki) di bentuk. Untuk perlawanan ini Jabatan aku telah menghantar 4 pasukan lelaki dan 3 pasukan wanita untuk menyertai pertandingan tersebut. Format pertandingan adalah secara individu dan juga secara berkumpulan.

Untuk pertandingan kali ini, aku diletakkan didalam pasukan A sekali lagi bersama-sama dengan kawan-kawan daripada unit berlainan dan juga pertandingan ini diadakan sebanyak 2 frame sahaja. Untuk pertandingan kali ini, aku mengutip mata sebanyak 157 untuk frame pertama dan 169 untuk frame ke-2..jumlah kutipan mata sebanyak 326 ini melayakkan aku untuk dinobatkan sebagai pemenang tempat ke EMPAT....hahahaha...okey la kan untuk aku yang bermain hanya menggunakan HOUSE BALL...

Manakala jumlah kutipan keseluruhan untuk pasukan pula, kami mengumpul mata 1222 untuk ke-dua² game dan melayakkan kami untuk di nobatkan sebagai JUARA keseluruhan berkumpulan untuk pertandingan boling pada hari tersebut.

Korang nak tahu apa hadiah dia? of course la.......sehelai TUALA MANDI....miahahahahahah


NO 4...keseluruhan Individu....

Close up kot-kot tak percaya...hahahah


GAMBAR TAK DA KAITAN


Zainal Ali yang ragu-ragu dengan kehebatan ayahnya....hahaha


Zainal Arif yang jugak ragu-ragu dengan ayahnya....hahaha


Zainal Arif yang akhirnya akur dengan kehebatan ayahnya membawa pulang 2 Helai TUALA MANDI...miahahahaha