04 April 2011

Minggu Sukan


Balik daripada wedding photoshoot kat kedah sebelum ni, aku diminta untuk bermain bola tampar untuk Jabatan kat Putrajaya di dalam pertandingan Bolatampar tertutup Kementerian. Jabatan aku telah menghantar 3 pasukan iaitu 2 pasukan lelaki dan 1 pasukan perempuan. Aku telah diletakkan di dalam pasukan A bersama-sama dengan member-member lain yang terpilih. Pemilihan dibuat adalah berdasarkan kepada prestasi ketika bermain bola tampar di dalam sukan tertutup Jabatan 3 minggu sebelum itu. Disebabkan bola tampar ni merupakan antara sukan yang aku suka, jadi aku bermain dengan bersungguh-sungguh walaupun pasukan yang dibentuk terdiri daripada ahli-ahli yang aku baru kenal dan tidak pernah bermain bersama sebelum ini.

Pertandingan di buat secara liga yang mana di dalam pertandingan tersebut pasukan aku telah memenangi kesemua perlawanan peringkat kumpulan dan berjaya masuk ke pertandingan akhir. Alhamdulillah, pertandingan akhir berlangsung di mana pasukan dari Jabatan aku bertemu sesama sendiri (Team A vs Team B). Perlawanan akhir tersebut diadakan pada jam 11 pagi ketika matahari semakin menegak di atas kepada. Ya Allah, panaskan musim sekarang.

Walaupun panas agak terik jam 11 pagi tu, Alhamdulillah, pasukan aku iaitu Team A telah memenangi tempat pertama dan menjadi juara di pertandingan tersebut. Guess what, hadiahnya adalah............sehelai TUALA mandi.....hahahaha

We are The Champion my friend....huhu


Gembira dengan Hadiah TUALA.....


Seminggu selepas perlawanan di atas, aku terpilih pulak untuk mewakili Jabatan di Pertandingan Boling Tertutup kementerian aku. Pertandingan tersebut dijalankan di pusat boling Alamanda, Putrajaya. Sebanyak 59 individu (lelaki) dari pelbagai agensi di bawah kementerian yang turut bermain pada hari tersebut dengan 15 pasukan (lelaki) di bentuk. Untuk perlawanan ini Jabatan aku telah menghantar 4 pasukan lelaki dan 3 pasukan wanita untuk menyertai pertandingan tersebut. Format pertandingan adalah secara individu dan juga secara berkumpulan.

Untuk pertandingan kali ini, aku diletakkan didalam pasukan A sekali lagi bersama-sama dengan kawan-kawan daripada unit berlainan dan juga pertandingan ini diadakan sebanyak 2 frame sahaja. Untuk pertandingan kali ini, aku mengutip mata sebanyak 157 untuk frame pertama dan 169 untuk frame ke-2..jumlah kutipan mata sebanyak 326 ini melayakkan aku untuk dinobatkan sebagai pemenang tempat ke EMPAT....hahahaha...okey la kan untuk aku yang bermain hanya menggunakan HOUSE BALL...

Manakala jumlah kutipan keseluruhan untuk pasukan pula, kami mengumpul mata 1222 untuk ke-dua² game dan melayakkan kami untuk di nobatkan sebagai JUARA keseluruhan berkumpulan untuk pertandingan boling pada hari tersebut.

Korang nak tahu apa hadiah dia? of course la.......sehelai TUALA MANDI....miahahahahahah


NO 4...keseluruhan Individu....

Close up kot-kot tak percaya...hahahah


GAMBAR TAK DA KAITAN


Zainal Ali yang ragu-ragu dengan kehebatan ayahnya....hahaha


Zainal Arif yang jugak ragu-ragu dengan ayahnya....hahaha


Zainal Arif yang akhirnya akur dengan kehebatan ayahnya membawa pulang 2 Helai TUALA MANDI...miahahahaha

Tiada ulasan: