Pada 15-16 April 2011 yang lalu, pasukan kami telah dipanggil secara rasmi oleh kerajaan negeri kedah untuk membuat liputan penggambaran bagi acara yang di panggil Malaysia Water Festival Langkawi 2011 yang telah diadalan di Pantai Chenang, Pulau Langkawi. Kiranya ini adalah merupakan kerja rasmi pertama bagi pasukan kami. Pasukan kami ini terdiri daripada 3 fotografer dan 2 videografer. Ini disebabkan pihak Jabatan Pelancongan Negeri Kedah mahukan juga coverage dari segi video terhadap acara yang mereka jalankan ini. Aku difahamkan bahawa pesta ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia bertujuan untuk menarik pelancong ke Pulau Lagenda Langkawi seterusnya menggalakkan industri pelancongan di Malaysia..
Banyak acara yang di atur oleh Kementerian Pelancongan dengan kerjasama kerajaan negeri kedah di festival air langkawi ni.. Acara sukan rakyat, tarian kebudayaan, gerai jualan, gerai pameran, sukan berasaskan air, dan tidak ketinggalan juga konsert oleh artis-artis popular malaysia.
Secara keseluruhan, aku rumuskan acara tersebut sangat memenatkan bagi aku yang kali pertama menjalankan kerja-kerja 'furufoto' bagi acara-acara rasmi seperti ini...namum banyak pengalaman yang aku timba.
Selain daripada itu, aku jugak telah mendapat kawan baru yang bagi aku sangat2 sempoi dan sporting. Agak susah pada zaman ini untuk bertemu dengan kawan baru yang terus boleh mesra hanya dalam masa 2-3 hari.
Aku biarkan gambar jerla menceritakan keadaan sepanjang festival tersebut berlangsung k...
Close-up our team
aktiviti di pesisir pantai
Pelancong yang terhibur dengan acara pentas
Bola Sepak kanak-kanak
p/s: aku rasa malas nak edit gambar-gambar ni lagi
p/ss: hajat nak upload lagi banyak gambar tapi line internet ni lembab macam siput..
p/sss: tunggu part 2 aku upload banyak lagi gambar....
2 ulasan:
kalau diberi peluang.. na jugak jadi photographer.. belajar skill2 semua.. masyuk kot.. :)
xda masalah yana...beli dulu SLR...teknik bole di ajar dan belajar...zaman sekarang semua mudah..youtube, google semua ada..yang penting minat dan kesungguhan
Catat Ulasan