07 Julai 2010

Arif dan Ali

Mereka merupakan penawar rinduku... Arif (2 tahun 3 bulan) dan Ali (9 bulan)....


Ali



Arif



25 Jun 2010

Tempat Baru

Tetiba rasa macam nak update blog yang dah berabuk dan berkurun tak update...sekarang ni aku dah keje kat tempat lain. tempat ini diberi nama Jabatan Perkhidmatan Pembentungan di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)..aku mula lapor diri di JPP pada 7 Julai 2010 dan telah mohon tangguh selama sebulan. tapi pihak KeTTHA hanya meluluskan penagguhan selama 2 minggu sahaja.

Jadi aku di pejabat baru ni baru seminggu. Penempatan pon belum ada lagi. Dan hari-hari ku selama sudah seminggu ini di habiskan dengan melepak di library sambil mencari-cari bahan untuk buat tugasan tempat kerja bagi peperiksaan pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan (Safety Officer) yang perlu di hantar pada 27 Julai 2010.

Suasana tempat baru ni masih tak bleh nak komen lebih sbb baru seminggu di sini tapi yang paling tak best kat sini adalah parking kereta yang sangat limited dan terpaksa bayar 4 hengget sehari. kalo kat tempat lama dahulu ada parking sendiri dan free.

Rasanya kat JPP ni aku akan jaga projek pembinaan Loji Rawatan Kumbahan kot. Cuma lokasi samada utara, timur, selatan atau pon tengah masih belum di ketahui lagi. Ok lah..nnt aku update lagi ttg kerja dan STP ni...bye2

09 April 2010

Patut kah aku Coba?

Semenjak ini aku sering dengar iklan digi di Radio...."untuk jalur lebar, kelajuan konsisten sangat penting"...selepas mendapat pengalaman buruk dengan penyedia perkhidmatan celcom,maxis, dan P1wimax aku agak ragu² untuk mencuba lagi...kut² apa yang di iklankan tidak sama sebagaimana dijanjikan tambahan pula SKMM tidak boleh melakukan apa² terhadap syarikat² penipu tu...

Patutkah aku coba? ke layan lagu Coba Faizal Tahir lagi best?

18 Mac 2010

Tiba-Tiba Berfikir

Sedang aku mengadap komputer ni aku terbaca satu artikel tentang penemuan rangka manusia di salah satu gua di Tasik Kenyir, Terengganu yang dipercayai berumur lebih daripada 10,000 tahun..ia membuatkan aku terfikir....ada manuasia ke 10,000 tahun dahulu? Dengan tidak semena-mena aku men'google'kan diri mencari tempoh masa antara nabi adam dengan nabi muhammad...aku cuba taip dalam bahasa melayu namun tiada cadangan web yang sesuai...lepas tu aku taip dalam bahasa inggeris..."time interval between adam and jesus (Nabi Isa)"...dan aku dicadangkan oleh google dengan begitu laman web...dan yang paling famous is daripada wikipedia...

Mengikut kajian orang barat (berkemungkinan Yahudi), jarak masa antara Nabi Adam dan Jesus adalah 4000 tahun, kajian ini adalah berdasarkan kitab-kitab diorang agaknya...mulanya agak skeptikel tapi logik tu ada...

Jika kajian itu betul, ini bermakna jarak antara zaman nabi adam sehingga sekarang hanyalah 4000+2010=6010 tahun sahaja. 2010 adalah jarak masa antara sekarang dengan tarikh nabi isa dilahirkan (mengikut kepercayaan kristian)...

Sebagai orang Islam, kita membawa diri kira dengan kepercayaan bahawa Nabi Adam adalah manusia pertama diciptakan (daripada tanah) dan dicampakkan ke bumi kerana mengingkari perintah Allah..

Jika jarak masa antara Nabi Adam sehingga sekarang adalah selama 6010 tahun, manusia apa yang dijumpai di Tasik Kenyir tu?

......aku akan terus berfikir dan mencari kepastian...............