25 Jun 2010

Tempat Baru

Tetiba rasa macam nak update blog yang dah berabuk dan berkurun tak update...sekarang ni aku dah keje kat tempat lain. tempat ini diberi nama Jabatan Perkhidmatan Pembentungan di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)..aku mula lapor diri di JPP pada 7 Julai 2010 dan telah mohon tangguh selama sebulan. tapi pihak KeTTHA hanya meluluskan penagguhan selama 2 minggu sahaja.

Jadi aku di pejabat baru ni baru seminggu. Penempatan pon belum ada lagi. Dan hari-hari ku selama sudah seminggu ini di habiskan dengan melepak di library sambil mencari-cari bahan untuk buat tugasan tempat kerja bagi peperiksaan pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan (Safety Officer) yang perlu di hantar pada 27 Julai 2010.

Suasana tempat baru ni masih tak bleh nak komen lebih sbb baru seminggu di sini tapi yang paling tak best kat sini adalah parking kereta yang sangat limited dan terpaksa bayar 4 hengget sehari. kalo kat tempat lama dahulu ada parking sendiri dan free.

Rasanya kat JPP ni aku akan jaga projek pembinaan Loji Rawatan Kumbahan kot. Cuma lokasi samada utara, timur, selatan atau pon tengah masih belum di ketahui lagi. Ok lah..nnt aku update lagi ttg kerja dan STP ni...bye2