Kapasiti pendinginan untuk bilik ditakrifkan sebagai beban panas di dalam bilik yang harus dikeluarkan di dalam mencapai suhu bilik dan kelembapan tertentu. Rekabentuk piawai bagi keadaan ini ditetapkan ke suhu 24°C dan Kelembapan relatif sebanyak 55%. Kajian menunjukkan bahawa kombinasi suhu dan kelembapan realtif ini adalah yang paling kondusif bagi tubuh manusia. Unit digunakan untuk mengukur beban panas adalah BTU/jam. 1 BTU/jam adalah tenaga panas yang diperlukan untuk meningkatkan 1 pound air dengan 1°F.
Ketika memilih sebuah AC, biasanya 1 HP (horse power) akan dapat menghapuskan 9000 BTU/jam haba. Dengan teknologi yang lebih baik,beberapa jenis AC boleh menghapuskan 10000 BTU/jam panas dengan kapasiti yang sama. Semakin tinggi BTU/jam, semakin besar kapasiti pendinginanya
Langkah 2
Cari isipadu bilik anda dalam kaki padu (ft³). Ukur panjang, lebar dan tinggi bilik anda.
Isipadu = panjang X lebar X tinggi (kaki padu)
Langkah 3
Darabkan isipadu ini dengan 6
C1 = Isipadu X 6
Langkah 4
Anggarkan jumlah orang (N) yang akan menggunakan bilik tersebut. Setiap orang mengeluarkan lebih kurang 500 BTU/jam haba dari badan mereka (untuk aktiviti pejabat biasa). Darabkan kedua-dua nilai ini.
C2 = N x 500 BTU/jam
Langkah 5
Anggaran Kapasiti Pendinginan diperlukan = C1 + C2 (BTU/jam)
Setelah anda mengetahui nilai BTU/jam yang diperlukan oleh sesuatu ruang yang anda kira, maka anda boleh lah melakukan pembelian Penghawa Dingin yang dikehendaki. Ingat, bukan HP yang penting tetapi BTU/jam yang penting. Tetapi secara lojik, lagi tinggu BTU/jam yang anda perlukan, maka lebih tinggi Horse Power sesuatu pendingin hawa tersebut.
Ambil la pengalaman saya ini sebagai pengajaran, Jenama kita tak kisah, tetapi keselesaan yang amat penting......
2 ulasan:
bagus info ni,terima kasih
Alhamdulillah Info yg berguna..
Mujur sy sempat mentelaah blog Tn sebelum membeli aircord utk rumah.
Syabaz & terima kasih kerna berkongsi.
Catat Ulasan