31 Disember 2008

tak tahu kenapa

Tak tahu kenapa aku sangat suka dengan gambar ini...gambar anak aku dan anak saudara aku di capture pada satu majlis kahwin anak saudara aku yang lain..kira nya mereka berdua ni sepupu la...huhuhu...

Rumah Ku

Salam to everybody...

3 hari sebelum cuti krismas isteri aku dapat surat daripada pemaju rumah yang kami beli kat seksyen U12 tu..surat tu ada lah berkenaan dengan tuntutan pemaju kepada bahagian pinjaman perumahan (BPP) ..pemaju claim yang rumah tu dah siap struktur dan bercadang untuk claim dengan BPP progress sebagaimana perjanjian jual beli...

mula nya aku agak tak percaya yang rumah yang kami beli tu dah mencapai kemajuan banyak tu..jadi pada kesempatan cuti krismas aku dan wife ke tapak projek tu di seksyen U12..memang tak sangka sungguh..rumah kami tu dah siap ikat bata dan kekuda bumbung telah dipasang roof covering dari jenis concrete tiles (atap)

mula la hati kami berbunga riang..nampaknya tak lama lagi impian untuk memiliki dan mendiami rumah sendiri akan termakbul..berikut 2 keping gambar blok rumah yang aku dan isteri akan dok tak lama lagik...
sekiranya xder masalah, aku merasakan dalam masa kurang dari setahun lagi projek ni akan siap..jadi en waridi, sila pastikan diri anda beserta en Am lapang pada masa kami nak pindah nanti...kami mohon pertolongan kalian untuk mengankat barang2 dari rumah kami dikeramat ke kediaman baru ni..

kami tahu en waridi dan en am baik hati untuk menolong kami kerana sudah dua kali en waridi menulis blog menceritakan tentang keikhlasan anda menolong mereka yang pindah rumah..nanti saya dan isteri akan siapkan air sirap untuk kamu ya...hehehe

16 Disember 2008

what am i thinking?

di saat en waridi menghabiskan hari2 minggunya di bukit cerakah pada ahad lepas, aku pulak telah menghabiskan masa aku bersama kawan ke pc fair di klcc (convention centre)..mula2 konon pegi untuk jalan2 jer (konon)...

sesampai jer dilokasi yang dirancang, mencari parking kereta adalah perkara pertama..orang yang pegi tersangat la ramai sehinggakan terpaksa la parking di basement hotel apa ntah dekat2 klcc tu dengan dicharge bayaran RM 6 per entry...

malang menimpa...henphone kesayangan aku nokia N95 terjatuh dari atas riba lalu menhempas bumi ketika aku nak kuar dari kete 4WD member aku yang agak tinggi tu...berkecai cover bateri dan dengan bateri2 sekali terpelanting...adussss...

dengan agak tensenya aku melangkah masuk ke pc fair tersebut...pameran tu di design mcm store ikea kat mutiara damansara..maknanya kita kena pegi ke semua dewan pameran tanpa boleh skip mana2 dewan pameran..once terlepas kena repeat balik perjalanan dalam tu..

tiba la saat aku hilang kewarasan fikiran...booth henphone...mula la mengusyar sony ericsson xperia X1..menarik tapi mahal...RM 3000 lebih...tetapi matku tertangkap (tambah pujuk rayu salesmen) dengan htc touch pro...dok godek2 hampir setengah jam, tanpa berfikir panjang aku angkat la pda phone tu...harga RM 2,3++ selepas tolak trade in nokia N95...dan dengan buat easy payment creadit card, aku akan dicaj oleh bank RM 195 sebulan selama setahun...

nak review barang mcm en mizi buat aku xreti...cuma di bawah ada beberapa gambaran mengenai pda phone tersebut...(what am i thinking?...rabak poket wooooooo)


13 Disember 2008

Zainal Arif @ 8 months old





Kali ni just nak share beberapa gambar anak aku yang dah masuk tujuh bulan pada 29.11.2008...melihat dia membesar, rasa segala masalah yang ada menjadi hilang.....

08 Disember 2008

AidilAdha 1429H@2008

Aidil Adha menjelma lagi...apa aku buat dari pagi sehingga kini?
00:12= Tido kan anak aku dan aku sekali tertido?
04:25= Anak aku bangun nak menyusu dan tukar pampers...dia tido balik jam 05:00
07:00 = Anak aku bangun lagi, mungkin dia dah puas tido tapi tidak bagi aku..aku tak puas lagi
09:00 = Wife aku baru balik dari hospital...aku sambung tido...
10:12 = Nasik lemak sudah sedia dimasak oleh wife aku...anak aku tido lagi lepas makan nestum.
10:35 = Aku mandi sunat aidiladha walaupon xpegi masjid (tak pa ke?)
10:55 = Aku main game sehingga 13:11...

Petang ni plan nak balik umah mertua...tido sana dan balik semula ke KL esok...Lusa dan start keje...huhuhu

07 Disember 2008

Pengorbanan di Aidil Adha

Salam...sebelum itu salam AidilAdha aku ucapkan kepada semua yang sudi membaca blog ini walaupon aku tahu hanya 5 orang jer yang baca..huhu...Semalam satu kejadian tanah runtuh di bukit antarabangsa telah berlaku...disebabkan oleh itu wife aku yang selaku pegawai kerajaan yang berdedikasi telah dikejutkan dengan panggilan telefon pada jam 5.30 pagi dan dipanggil untuk terus ke hospital bagi standby jika mangsa2 tanah runtuh tersebut dihantar ke hospital ampang. Maka tinggallah aku pada masa tu keseorangan diatas katil kamarku...hehehe..

Nak dijadikan kebetulan jugak, bibik aku sebelum tu telah memohon untuk bercuti selama 3 hari bagi meraikan aidiladha bersama2 anak menantunya di Jalan Kelang Lama..maka pada hari sabtu kui 10 pagi, aku dan anak lelaki ku tinggal dirumah bersama2...mula2 xreti gak nak menjaga budak kecik ni..tapi aku belajar...

wife aku pulang sekejap dari persediaan nya pada jam 2 petang dan akan pergi semula ke hospital pada jam 10 malam nanti sehingga 8 pagi keesokkan hari nya..masa wife aku balik jer, terus aku bagi anak ku itu kepada nya dan aku tido....hehehe

malam menjelam dan tibalah masa untuk wife aku ke hospital semula...dengan bibik yang tiada, aku mendodoikan anak ku sambil2 menonton harry potter and the prizoner of azkaban di TV2..anak aku melalapkan mata tepat jam 11.30 malam...aku biarkan dia tido dulu didepan tv sambil aku melayan citer harry potter tu sampai habis...kui 12 malam aku angkat anak aku masuk bilik...wife aku dah pesan yang anak ni biasa nya kena bagi susu 2 kali pada satu malam...kui 2 pagi sekali dan kui 5 pagi sekali...setiap kali bagi susu sila tukar pampers nya...pesan wife ku...

ternyata anak ku ni anak yang baik dan tidak suka menyusahkan aku...dia hanya bangun jam 5.30 pagi untuk susu...selepas menyusu dan menukar pampers dia terus tido balik sehingga jam 7.30 pagi...alhamdulillah...hari pertama berjalan dengan lancar...malam ni (malam raya) sekali lagi wife aku kena standby malam sehingga jam 8 pagi esok...adakah aku bersedia? harap2 anak aku buat macam semalam....

04 Disember 2008

update..

Lama sungguh tak mem'blogging' ni...teringat kata2 sahabat baik aku en waridi..."z, ko ni sejak dah terminate broadband terus tak update blog"...keadaan itu sangat tepat sekali...sejak aku terminate maxis broadband bulan lepas, peluang nak update blog ni terus sifar...kat ofis langsung xle nak online...hampeh sungguh line di ofis ku...walaupon dok kl, talian internet sangat b***h...
So,memenuhi impian en wadi, aku pinjam broadband bos aku (thanks en kamal) untuk malam ni bagi membuat beberapa perkara:
1)baca e-mail yahoo yang dan ada 145 unread mails.
2) bukak friendster dan senior masa kat arau dulu (ayie) request untuk add aku...(lama xjumpa dia)
3)update antivirus kaspersky yang dan sebulan tak update...(ternyata pendrive aku banyak virus)
4)bukak maybank2u.com...semak akaun kot2 ada hamba allah tersalah masuk duit (baki terkini RM 122.45....huhu..)
5) baca blog kawan2 lain...

plan untuk esok ----> nak ke celcom bertanyakan promosi broadband diorang plak. harap2 ok berbanding maxis...