03 Mac 2011

Bagaimana Memilih Penyaman Udara Yang Sesuai?

Sudah hampir setahun aku mendiami rumah yang aku beli di Shah Alam ni. Mula-mula hendak mendiami rumah ini, aku telah membuat keputusan untuk memasang penyaman udara di dalam bilik tidur utama. Ini kerana aku mahukan keselesaan untuk aku, isteri serta anak-anak ketika kami tidur di waktu malam. Keputusan ini di buat setelah mengambil kira pengalaman menyewa rumah orang waktu dahulu di mana tidur kami sering terganggu kerana cuaca yang sangat panas di waktu malam.

Penghawa dingin yang dipilih untuk dipasang adalah daripada Jenis York (cooling king) series. Membeli jenama ini kerana aku terpengaruh dengan iklan di radio-radio utama malaysia dan jugak terpengaruh dengan papan iklan billboard di federal highway menuju arah KL berhampiran plaza toll batu 3.

Kontraktor yang memasang penghawa dingin ini menawarkan aku penghawa dingin berkuasa 1 hp (horsepower) dengan nilai BTU 10,000. (entah apa lak BTU ini?). Setelah menggunakan lebih kurang 2 bulan, aku merasakan sesuatu yang tidak best berkaitan penghawa dingin baru aku ni. Tiap-tiap malam aku kena pasang penghawa dingin bersama kipas siling untuk mendapatkan tahap kesejukan yang selesa. Jika hanya mengharapkan penghawa dingin semata-mata, bilik tidur aku tak kan mencapai tahap kesejukan yang nyaman.

Jadi, aku meng'google' kan diri dan di sini aku berkongsi tips-tips untuk memilih penghawa dingin yang sesuai.

1) Mengetahui Cooling Capasity (Kapasiti Pendinginan) Bilik Anda

Kapasiti pendinginan untuk bilik ditakrifkan sebagai beban panas di dalam bilik yang harus dikeluarkan di dalam mencapai suhu bilik dan kelembapan tertentu. Rekabentuk piawai bagi keadaan ini ditetapkan ke suhu 24°C dan Kelembapan relatif sebanyak 55%. Kajian menunjukkan bahawa kombinasi suhu dan kelembapan realtif ini adalah yang paling kondusif bagi tubuh manusia. Unit digunakan untuk mengukur beban panas adalah BTU/jam. 1 BTU/jam adalah tenaga panas yang diperlukan untuk meningkatkan 1 pound air dengan F.

Ketika memilih sebuah AC, biasanya 1 HP (horse power) akan dapat menghapuskan 9000 BTU/jam haba. Dengan teknologi yang lebih baik,beberapa jenis AC boleh menghapuskan 10000 BTU/jam panas dengan kapasiti yang sama. Semakin tinggi BTU/jam, semakin besar kapasiti pendinginanya


Langkah 2

Cari isipadu bilik anda dalam kaki padu (ft³). Ukur panjang, lebar dan tinggi bilik anda.

Isipadu = panjang X lebar X tinggi (kaki padu)

Langkah 3

Darabkan isipadu ini dengan 6

C1 = Isipadu X 6

Langkah 4

Anggarkan jumlah orang (N) yang akan menggunakan bilik tersebut. Setiap orang mengeluarkan lebih kurang 500 BTU/jam haba dari badan mereka (untuk aktiviti pejabat biasa). Darabkan kedua-dua nilai ini.

C2 = N x 500 BTU/jam

Langkah 5

Jumlahkan Nilai C1 dan C2 tersebut dan anda akan perolehi kapasiti pendinginan yang diperlukan untuk sesuatu ruang.

Anggaran Kapasiti Pendinginan diperlukan = C1 + C2 (BTU/jam)


Setelah anda mengetahui nilai BTU/jam yang diperlukan oleh sesuatu ruang yang anda kira, maka anda boleh lah melakukan pembelian Penghawa Dingin yang dikehendaki. Ingat, bukan HP yang penting tetapi BTU/jam yang penting. Tetapi secara lojik, lagi tinggu BTU/jam yang anda perlukan, maka lebih tinggi Horse Power sesuatu pendingin hawa tersebut.


Ambil la pengalaman saya ini sebagai pengajaran, Jenama kita tak kisah, tetapi keselesaan yang amat penting......


2 ulasan:

naman berkata...

bagus info ni,terima kasih

shahadan-active11 berkata...

Alhamdulillah Info yg berguna..
Mujur sy sempat mentelaah blog Tn sebelum membeli aircord utk rumah.

Syabaz & terima kasih kerna berkongsi.