10 September 2011

Beraya Di Kampung

Seperti tahun lepas aku merayakan Aidilfitri di kampung halaman, Kg sireh, Kota Bharu, Kelantan. Perjalanan pulang ke kampung di mulakan pada hari sabtu 27 Ogos 2011 sejurus selepas berbuka puasa. Selepas lebih kurang 6 jam memandu, maka sampai lah aku dan anak-anak di kampung halaman. Wife akan balik dengan flight pada hari isnin 29 Ogos 2011 kerana kekangan tugas.

Tahun ni raya jatuh pada 30 Ogos 2011 bersamaan hari selasa. Seperti tahun-tahun sebelumnya raya tahun ini disambut sederhana tapi meriah. Pagi raya pertama selesai solat aku melawat kubur arwah ayah dengan adik aku. Selesai di kubur aku pulang kerumah untuk menjamah menu fevret raya iaitu nasi dagang lauk ikan tongkol. Sangat Sedap!!

Seisi bersalam-salam, duit raya dan bergambar berlangsung selepas itu. Dalam tengahari aku dan keluarga menuju ke rumah kakak aku yang ke 2 di panji. Rumah kakak ni rumah wajib pergi setiap tahun dan menu wajib makan yang kakak aku akan buat ialah roti jala kuah kuzi. Sampai petang kat situ dan balik rumah terus letih. Malam macam biasa layan TV dan tido..

Raya ke dua adalah sesi beraya di rumah kakak aku yang ke 3 di pasir puteh. Jalan agak sesak dan perjalanan yang sepatutnya memakan masa sejam menjadi 2 jam. Sampai sana makan pelbagai makanan seperti satey dan menu spesel kakak aku tahun ni adalah jus buah blended..kelasss....

Habis satu hari kat sana sebelum balik aku singgah di pasar pasir puteh untuk membeli pelbagai barang untuk di bawa balik ke Shah Alam.

Raya ke 3 aku dan keluarga dah siap kemas2 barang untuk perjalan pulang ke Shah Alam. Perjalanan dimulakan pada jam 10 pagi dan kami sampai ke Shah Alam pukul 10 malam. 12 Jam memandu!!..woohaa

Walaupun tempoh berada dikampung agak singkat, tapi aku rasa puas sebab dapat berjumpa kawan-kawan lama yang lebih 10 tahun tak jumpa..dan paling best, aku dah bole bungkus ketupat palas...hahahah

ps: Selamat hari raya buat semua...
pss: maaf zahir dan batin




Tiada ulasan: