31 Disember 2008

Rumah Ku

Salam to everybody...

3 hari sebelum cuti krismas isteri aku dapat surat daripada pemaju rumah yang kami beli kat seksyen U12 tu..surat tu ada lah berkenaan dengan tuntutan pemaju kepada bahagian pinjaman perumahan (BPP) ..pemaju claim yang rumah tu dah siap struktur dan bercadang untuk claim dengan BPP progress sebagaimana perjanjian jual beli...

mula nya aku agak tak percaya yang rumah yang kami beli tu dah mencapai kemajuan banyak tu..jadi pada kesempatan cuti krismas aku dan wife ke tapak projek tu di seksyen U12..memang tak sangka sungguh..rumah kami tu dah siap ikat bata dan kekuda bumbung telah dipasang roof covering dari jenis concrete tiles (atap)

mula la hati kami berbunga riang..nampaknya tak lama lagi impian untuk memiliki dan mendiami rumah sendiri akan termakbul..berikut 2 keping gambar blok rumah yang aku dan isteri akan dok tak lama lagik...
sekiranya xder masalah, aku merasakan dalam masa kurang dari setahun lagi projek ni akan siap..jadi en waridi, sila pastikan diri anda beserta en Am lapang pada masa kami nak pindah nanti...kami mohon pertolongan kalian untuk mengankat barang2 dari rumah kami dikeramat ke kediaman baru ni..

kami tahu en waridi dan en am baik hati untuk menolong kami kerana sudah dua kali en waridi menulis blog menceritakan tentang keikhlasan anda menolong mereka yang pindah rumah..nanti saya dan isteri akan siapkan air sirap untuk kamu ya...hehehe

4 ulasan:

Adie Waridi berkata...

hwa3....

Adie Waridi berkata...

happy new year 2009

Unknown berkata...

mano so rumohnyo? buleh kiro lah besarnyo..

en mizi berkata...

bestla ko dh ada umah. aku tak tau la bila ada rezeki beli umah, doa doakan la ye?