01 Disember 2009

A journey to life…




Pada 23.10.2009, isteri saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki secara pembedahan. Semuanya bermula pada sehari sebelumnya apabila isteri saya mula ‘turun air’ di hospital semasa sedang bekerja dan terus dimasukkan ke wad untuk diberikan rawatan. Usia kandungan isteri pada masa itu ialah 32 minggu.

Semasa di dalam wad, Dr mengesahkan isipadu air ketuban di dalam rahim isteri saya berkurangan sedikit dan isteri dinasihatkan agar berehat agar air ketuban tersebut kembali bertambah apabila bayi didalam nya kembali kencing semula..

Ketika isteri sedang berehat di dalam wad, pemeriksaan rapi ke atas jantung bayi dan lain2 pemeriksaan dijalankan oleh pihak hospital dan telah didapati behawa sel darah putih isteri semakin menurun menandakan sesuatu yang tidak baik sedang berlaku. Selepas pengesahan Dr pakar diperolehi, didapati bahawa jangkitan kuman sedang berlaku di dalam rahim isteri. Dr pakar mengatakan bahawa kandungan tersebut terpaksa di ‘operate’ untuk menyelamatkan anak di dalamnya. Tanda menunggu lama, isteri saya menandatangani sendiri boring kebenaran ‘operate’ dan pembedahan akan dijalankan pada hari jumaat jam 1.30 petang ketika kandungan masih 32 minggu.

Selama 2 jam menunggu isteri dibedah, akhirnya isteri dan anak keluar dari bilik bedah tapi anak terpaksa di masukkan ke dalam NICU (wad ICU untuk bayi) kerana dilahirkan tidak cukup bulan serta berat badan nya hanya 1.68 kg. Salur pernafasan dimasukan kedalam mulut untuk memberikan oksigen direct ke paru-paru anak. Macam2 jarum di cucuk ke badan anak dan berbagai2 wayar disambung ke mesin yang saya tak tahu apa fungsi nya.

Isteri saya berada dihospital selama seminggu dan dibenarkan untuk pulang namun anak masih di dalam NICU. Saya percaya bahawa jagaan rapi diberikan kepada anak saya oleh pihak hospital memandangkan isteri saya juga merupakan staf dihospital tersebut. Selama anak di dalam NICU, saya dan isteri berulang alik ke hospital setiap malam untuk isteri memberikan penyusuan badan. Pernah satu ketika isteri saya demam mungkin disebabkan keadaannya yang tidak terlalu berpantang sebab terpaksa ulang alik ke hospital.

Alhamdulillah, setelah hampir sebulan anak di dalam NICU, akhirnya dia dibenarkan pulang kerumah. Saya dan Isteri sangant gembira dengan keadaan itu memandangkan anak ke-2 kami sihat sepenuhnya sehingga dibenarkan untuk pulang kerumah. Ketika entri ini ditulis, isteri sudah hamper 40 hari berpantang. Keadaan nya sudah beransur pulih. Syukur kepada Allah yang Maha Agung. Kepada kawan-kawan yang mendoakan kesejahteraan dan keselamatan isteri dan anak saya, terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik korang semua.




Presenting......my 2nd son, Zainal Ali..

1 ulasan:

Unknown berkata...

Tahniah buat uncle zakhiri dan sekeluarga serta tahniah jugak kat zainal arif kerana telah mendapat status abang.