10 Januari 2011

Tontonan "Terhebat" Sekeluarga

Sejak setahun yang lalu aku start layan citer kartun kat disney channel bertajuk "Phineas & Ferb". Sebelum tu aku tak berapa amik kesah langsung citer ni bila aku "info" remote astro kat umah..namun semenjak aku terlayan cerita ni di salah satu kedai makan kat area keramat..(masa tu anak makcik kedai makan tengah layan), aku terus jatuh cintan ngan cerita ni..memang layan dan bagi aku sangat² best...aku bagi taraf cerita ni sama ngan cerita upin dan ipin...

Cerita ni lebih menarik jika dilayan dalam alih bahasa (bahasa melayu)....layan dalam english pon ok sebab grammer dan vocab yang digunakan adalah menepati tatabahasa english yang betu. Jadi, ianya amat sesuai untuk mengajar kanak² sebenarnya. Itu lah kelebihan cerita kartun english ni...

Berbalik kepada cerita tersebut, ia mengisahkan 2 beradik tiri (phineas dan ferb) yang menghabiskan cuti musim panas mereka selama lebih kurang 104 hari. Setiap hari mereka akan mereka cipta alat² canggih seperti mesin kecil kan diri, roller coaster terbesar sehingga la ke mesin masa. Dalam masa yang sama dua beradik ni ada seorang kakak nama "candance" yang jatuh hati ngan jeremy namum tidak boleh senang melihat adik dia bermain dengan alat² ciptaan yang canggih tu. Si candance ni sentiasa sahaja akan mengadu kepada mak mereka (nama: Linda) supaya adik mereka ni "tertangkap" dan di "grounded" oleh mak mereka. Namun diakhir cerita, usaha kakak nya pasti tidak berjaya dan alat2 ciptaan adik beradik genius ni akan hilang dalam pelbagai cara.

Disebalik cerita dua beradik ni ada plak watak "perry the platipus" iaitu haiwan peliharaan keluarga tersebut. Namun mereka tidak mengetahui bahawa pada masa yang sama sebenarnya perry ni adalah agen rahsia yang bekerja dengan satu organisasi bertujuan untuk membanteras rancangan jahat "Dr. Heinz Doofenshmirtz" yang sentiasa ada idea untuk menghancurkan negeri "tri state"... pelbagai adegan lucu yang berlaku ketika perry cuba menghalang rancangan jahat Dr Heinz Doofenshmirtz ni...

Cerita ni juga kadang2 diselang selikan dengan sesi nyanyian. Jika ianya ditonton dalam dwi bahasa malaysia, lagu2 tersebut juga sesetangahnya telah diterjemahkan ke bahasa melayu. Paling kelakar bila Dr Doofenshmirtz nyanyi lagu dengan suaranya yang sumbang....

Berikut adalah karektor-karektor cerita phineas & ferb ni...


aksi candance cuba meyakinkan mak dia supaya phineas (muka 3 segi) dan ferb (rambut hijau) tertangkap.

Phineas, Ferb, Perry The Platipus dan Lisa (phineas so called girlfren)


So, kepada semua yang ada masa free petang²...jam 6.00-6.30 petang setiap hari di disney channel (astro channel 615) tonton la cerita yang sangat menarik ni. Aku yakin anak korang pon akan berminat untuk sama-sama melayan cerita ini bersama anda....


SELAMAT MENONTON

Tiada ulasan: