06 Mei 2011

Penghantaran SMS Secara Percuma

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Untuk entry pertama bulan Mei 2011 ini aku nak berkongsi dengan semua tentang satu perkhidmatan sms yang sebenarnya dah lama ada kat alam maya. Cuma mungkin ramai dah tahu dan tak pernah dengar tentang nya kan?


Perkhidmatan apakah itu?

Ia merupakan perkhidmatan penghantaran sms untuk semua jenis nombor mobile phone berdaftar di Malaysia. Aku dah hampir 6 bulan menggunakan perkhidmatan ini terutamanya bila nak hantar mesej ringkas seperti “nak jumpa kat mana?”, “jom makan”, “ jap lg”..ia adalah bertujuan untuk menjimatkan wang la sebab kalo hantar sms ringkas pon ttp kena caj 10 sen/sms kan? Yang penting perkhidmatan ini percuma…YA, Percuma!!

Tak kan aku kedekut sangat 10 sen? Bukan kedekut tp menggunakan peluang yang ada. Dah ada benda free, bayor wat pe?

Cara nak menggunkan perkhidmatan ini sangat senang. Berikut diberikan langkah-langkah nya…

1) Pergi ke laman web www.mostsms.com


2) Lakukan sedikit pendaftaran mudah.

3) Anda akan dapat sms kod pengaktifan atau password (salah satu sebab aku dah lupa)

4) Lepas tu bole pakai untuk hantar sms simple kepada kawan-kawan anda

Tapi benda free ni ada batasan:

1) Hanya bole hantar 33 sms sahaja sehari

2) Hanya 2 penerima sahaja dibenarkan dalam satu-satu masa. Makna nya kalo nak hantar group sms tak bole la.

3) Hanya dibenarkan 100 character (perkataan+symbol) sahaja untuk satu-satu sms.

Walaupun ada beberapa kekurangan tapi bagi aku okey jer. Bagi yang jenis dok mengadap internet hari-hari dan kadang-kadang perlu hantar sms ringkas kepada kawan-kawan (untuk ajak makan, dan lain-lain) seperti aku ni, ternyata perkhidmatan ini sangat baik. Dan paling penting sekali? FREEEEEEEE

Tiada ulasan: