26 Mac 2011

The 1st Ever Wedding Photoshoot


Minggu lepas bersamaan 13 March 2011, aku telah dijemput oleh salah seorang kawan baik aku untuk bersama-sama dia menjalankan kerja photoshoot orang kawin. Tempat majlis tersebut adalah di Pendang, Kedah Darul Aman. Kawan aku ni baru jer menubuhkan kompeni khas untuk kerja-kerja photoshoot dan dia bergerak secara solo. Jadi untuk tujuan mengambil gambar pengantin di kedah ni, dia ajak aku dan seorang lagi kawan untuk follow dia dan pada masa yang sama dia akan mengajar teknik-teknik mengambil gambar dan menggunakan kamera DSLR dengan betul.

Kami bergerak dari KL pada pagi hari jumaat kerana pada mulanya pengantin mahukan pre-wedding photoshoot. Dan kami sampai di Alor Setar pada petang. Memandangkan cuaca yang tidak best pada petang tu, kerja mengambil gambar untuk pre-wed dibatalkan.

Untuk photoshoot kali pertama ni, member aku nasihatkan untuk berlatih mengambil gambar dengan hanya menggunakan lens 50mm f/1.8 sahaja. Untuk wide angle akan dicover oleh member sorang lagi dan member aku sendiri akan menggunakan tele lens 70-200mm. Bagak panjang lens dia beb!!!....(mahal oooo)

Aktiviti mengambil gambar bermula pada malam akad nikah di masjid kampung pisang (aku agak konpius kg ni dalam daerah apa). Bagi aku yang baru berkecimpung dalam bidang ni aku rasa agak tidak puas hati sebab keadaan pencahayaan dalam masjid yang tidak memuaskan dan menyebabkan gambar nampak tak cantik.

Besok nya, aktiviti mengambil diteruskan dengan acara persandingan dan sedikit aktiviti outdoor shoot. Secara keseluruhan, aku agak sendiri puas hati dengan kedua-dua acara ini kerana pengcahayaan dan cuaca yang sangat baik.

Aku ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada sahabat baik aku En Idlan Zarifi bin Ismail kerana memberi peluang dan tunjuk ajak tentang selok belok wedding photoshoot dan teknik asas DSLR. Sejak aktiviti itu, baru lah aku rasa berbaloi membeli DSLR Nikon D90 setahun yang lalu.

Berikut adalah sedikit gambar yang aku shoot menggunakan lens 50mm f/1.8 semasa perkahwinan tersebut.

Outdoor di Kg Nelayan, Kuala Sala


I Like this pic...






Berikut adalah 'sifu' yang tanpa penat jemu mengajar aku cara mengambil gambar dan asas fotografi DSLR.



Dan En firdaus yang sama-sama baru berjinak-jinak dalam bidang ini....




p/s: gambar ini masih belum di-crop dan di-edit oleh encik Adobe....
p/ss: perlu memikirkan macam mana mahu dapatkan kembali pelaburan yang dibuat keatas kamera, lens dan speedlight...



3 ulasan:

Adie Waridi berkata...

wah..cantik walaupun belum di edit en adobe...takpe z, slow2 mana tau pas ni ko leh buka kompeni sendiri..jadi photographer..or wat la freelance ngan member ko tu supaya ko tak rasa rugi beli mahal2 kamera tu

Zakhiri berkata...

Thanks Wadi...banyak benda nak kena belajar lagi ni...espeacially ttg mcm mana nak amik gambar kat tpt low light....aku nak kena fikirkan mcm mana nak dapat balik pulangan atas pelaburan yang dibuat...nanti kalo ada event2 yang ko buat, bleh la ajak aku sekali? hehehehhe

digitelwerk berkata...

salam, menjenguk blog member. gambar style!